Artis / Selebriti
” Dah janji hari ke 7 nak reveal gender kan. Kami kenalkan anak ke 5 kami.. ” – Syaheera A Rahman

Isteri Fad Bocey, Syaheera A Rahman Kongsi Gambar Dan Umum Nama Anak Kelima Mereka Yang Baru Lahir. Wah Ramai Yang Salah Teka Jantina Baby. Sedap Dan Unik Nama Baby, Muka Macam Abang Kembar Dia Lah !!
5 hari yang lalu, Fad Bocey memaklumkan yang isterinya Syaheera A Rahman telah pun selamat melahirkan cahayamata kelima mereka. Fad dan Syaheera telah pun dikurniakan dengan 3 anak lelaki dan seorang anak perempuan sebelum kelahiran bayi kelima ini.
Tidak mendedahkan jantina bayi ini sebelum ini, hari ini Syaheera melunaskan janjinya pada warganet untuk berkongsikan nama dan gambar anaknya itu. Meninjau akaun Instagram Syaheera A Rahman, telah dikongsikan sekeping gambar yang memaparkan ke semua anak-anaknya bergambar bersama si kecil.
Kahl Maleeq nama yang dipersetujui bersama Fad dan Syaheera. Alhamdulillah seorang lagi anak lelaki untuk Fad dan Syaheera. Dalam kegembiraan, si kakak Aminah frust kerana Aminah mahukan adik perempuan. Hari pertama Kahl lahir, Aminah menangis-nangis kerana adiknya bukan bayi perempuan.
Syaheera turut memohon doa daripada semua untuk anaknya ini agar menjadi insan yang baik dan anak yang soleh. Wah Syaheera siap istihar nak mengandung lagi anak ke 6 lepas ni. Mana tahu ada rezeki Aminah dapat adik perempuan kan., hehe.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian oleh Syaheera ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Dr tepi muka kembor.. tahniah my sister.. Aminah kena kepung nanti hehe .. Standby bakal2 boyfriend aminah.. ”
” Alhamdulillah. Insaallah selagi kuat & sehat teruskanlah niat anak yg ke 6… murah rezki. Aamiin.. ”
” Dah agak boy.. ramai bodyguard mumy dengan aminah.. Mommy simpan padu dh rahsia , Sayangnya aminah dah siap siap bagithu teacher, dia dapat baby boy.. ”
” Seronok pulak tgk ramai boy.. hihi Alhamdulillah trselit gak bunga sekuntum. indahnya percaturan Allah .. semoga anak2 sya sihat dan dirahmati Allah swt.. ”
” Tahniah kak syaheeraarahman.selamat berpantang.. follow dari kembar.. anak kita semua sebaya.. dari kembar sampai baby skang nie.. kita plak nak boy dapat girl.. ade la jugak sorg boy.. sama mcm aminah 1st day frust bukan geng dia.. lepas tu redho je la.. ”
” Alhamdulilah.. tahniah sya.. Mummy hebat.. selamat berpantang.. Bestnyaa ramai bodyguard aminah dan mummy.. ”
” tahniah dan selamat berpantang.. best nama baby, assalamualaikum Kahl Maleeq.. semoga baby Maleeq menjadi anak yg soleh.. ”
Alhamdulillah kurnian daripada Allah, lelaki atau perempuan pastinya membawa rezeki dan kegembiraan buat seisi keluarga. Jangan risau Aminah, doakan selepas ni dapat baby girl okey. Tahniah Syaheera dan Fad daripada kami di Berita Kopak. Selamat berpantang dan semoga cepat sembuh.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Syaheera A Rahman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masya Allah, cried my eyes out reading the caption.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen