Artis / Selebriti
” Credit to Dayah, you put so much effort on her.. ” – Netizen

Dato’ Siti Nurhaliza Kongsi Video Gelagat Aafiyah Di Sebalik Tabir Pembikinan Muzik Video Kuasa Cinta. Namun Aksi Pengasuhnya, Dayah Zubit Bersama Aafiyah Jadi Tumpuan. Pandai Dayah Ajar Aafiyah, Salute Kakak !!
Muzik video Dato’ Siti berjudul Kuasa Cinta sudahpun dilancarkan 2 hari lepas. Pembikinannya yang sudah dibuat berbulan-bulan dahulu turut menampilkan si comel pipi merah, Siti Aafiyah sebagai penampilan istimewa di hujung video tersebut.
Aafiyah yang kini sudah berusia 2 tahun sememangnya anak yang mudah diurus dan banyak cakap. Dijaga dan diasuh oleh pengasuh khasnya bernama Dayah Zubit, keakraban mereka sering mencur1 perhatian. Dayah yang mula menjaga Aafiyah sejak bayi lagi juga sering berkongsikan detik manis bersama Aafiyah.
Meninjau akaun Instagram Dato’ Siti, telah dikongsikan sedikit sedutan di sebalik tabir pembikinan muzik video ini. Jika semalam tular bagaimana krew-krew membuat ‘magik’ menukar pakaian Dato’ Siti hanya dalam masa 11 saat, kali ini diceritakan pula tentang telatah Aafiyah semasa di set penggambaran.
Bukan mudah untuk mendapatkan sho0t yang terbaik apatah lagi melibatkan anak kecil seperti Aafiyah. Namun ia menjadi mudah dan lancar dengan adanya bantuan daripada Dayah. Dayah dilihat mengingatkan Aafiyah step yang perlu dilakukan sebelum Aafiyah dirakamkan babaknya.
Jom tonton video di bawah :
Gelagat Aafiyah di sebalik tabir itu menghiburkan dan ramai yang memuji cara Dayah mengajar Aafiyah. Antara komen-komen mereka :
” Credit to dayah.. U put so much effort on her… Aafiyah bijak. Pandai dan molek penjaga afiyah nie. Moga dirahmati Allah.. “
” Cutenyaaa.. Meltinggg, Comelnya dia lari. Hehehe.. Tersipu sipu kite tgk telatah dak Afiyah ni.. Kakak memang bijak melatih Aafiyah.. “
” Bagi bintang kt kakak, pandai ajar Afiyah.. comelnye… bijak.. smoga membesar jd anak yg baik dan solehah ye syg.. “
” Tak tau knp, tgk aafiyah faham apa kakak ckp dan berlari kt ibu, hati terasa sayu.. Betapa bijaknya anak ini.. MasyaAllah.. “
” Suka sangat tengok gelagat aafiyah.. Bijak orangnya.. Semoga aafiyah membesar menjadi anak yang solehah.. Bahagiakan ibu dan ayah… InsyaAllah.. “
” Terharu pengasuh Aafiyah jaga dengan baik. Semoga Allah mempermudahkan urusanmu, punya hati yang baik. Pengalaman yang tidak ternilai.. “
” The moment bila director cakap oh my goodness. Aafiyah pandai la, comel je lari laju-laju pergi kat ibu.. “
Bagus anak kesayangan ibu, berjaya juga akh1rnya menyempurnakan penggambaran video muzik ini. Bantuan Dayah dalam mengajar Aafiyah juga memberi impak dan banyak membantu. Semoga Aafiyah membesar menjadi anak yang solehah dan sentiasa menjadi penghibur untuk semua.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masya Allah, cried my eyes out reading the caption.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen