Artis / Selebriti
” Bijak berpantun, spontannya Ku Mika.. ” – Netizen

Video Gelagat Si Comel Raja Muhammad Mikael Dan Kakaknya, Raja Farhana Memperdengarkan Pantun Kepada Dato’ Dr Zulkifli Al-Bakri. Alahai Petah Dan Pandai Betul Mulut Ku Mika Ni. Selit Sirah Nabi Lagi, Terbaiklah !!
Diberi nama Raja Muhammad Mikael Raja Faizul, anak kecil ini dikenali ramai dengan nama Ku Mika. Kebolehan dan kepetahan mulut Ku Mika berpantun kerap mencur1 perhatian peminat. Tampil dengan berbagai video pantun, antara yang tular adalah video Ku Mika mengajuk gaya Abon dalam loghat Negeri Sembilan.
Wajah Ku Mika juga pernah muncul di kaca TV sebagai tetamu jemputan di salah sebuah program di TV Al-Hijrah. Malahan baru-baru ini juga pantun Ku Mika dan kakaknya Ku Hana mendapat perhatian Tunku Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah.
Meninjau akaun Instagram Dato’ Dr Zulkifli Al-Bakri, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Ku Mika dan Ku Hana berpantun. Dr Zulkifli yang menanyakan nama Ku Mika turut bertanya sekiranya Ku Mika boleh memberikan pantun.
Ku Mika secara spontan terus memperdengarkan pantunnya untuk Dr Zulkifli dan ianya diselitkan tentang baginda Rasulullah. Baru setahun jagung usianya, sudah bijak dan diterapkan dengan didikan dan asuhan yang baik daripada kedua ibu bapanya.
Jom tonton video di bawah :
Gelagat Ku Mika dan Ku Hana berpantun ini menarik perhatian peminat. Spontan sahaja pantun diberi dan banyak kisah menarik diselitkan dalam pantunnya itu. Antara komen-komen peminat :
” Subhanallah.. kecik2 sudah dipupuk ibu ayah kenal Baginda Rasulullah S.A.W serta nasabnya ..
salam Sayyidul Ayyam buat semua.. “
” SubhanAllah.. alhmdulillah.. bijak. Tahniah Mika dan Hana. Well done.. Semoga membesar jadi anak yg soleh/solehah.. “
” MasyAllah subhanAllah anak hebat, anak-anak yg bijak. cerdik betul 2 beradik ni. Kagum betul dengar pantunnya.. lenggok suara pun sedap.. ”
” Minatnya dengan KuMika ni, cerdik betul mulut tu. Comel betul suaranya, pantun pun padu.. Semoga dilindungi Allah selalu.. ”
” Nak nang1s kita tengok Ku Mika cerdik. Supaya oneday saya dapat anak-anak bijak pandai macam ku mika.. “
” Bijak berpantun, spontannya KuMika. Pndai sangat berpantun, cepat akalnya memikirkan bait-bait kata.. “
” Alhamdulillah, pintarnya budak-budak ni. Semoga jadi anak-anak yang genius dan soleh. Pandai mak ayahnya didik.. “
Alhamdulillah rezeki Ku Mika dapat bertemu dengan Dr Zulkifli dan pantunnya itu mendapat pujian daripada Dr Zulkifli. Semoga Ku Mika dan Ku Hana membesar dengan sihat, menjadi anak-anak yang soleh solehah dan sentiasa menyenangkan hati kedua ibu bapa. Aamin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG KuMika KuFaizul KuHana Bahirah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral7 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti11 hours ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar