Artis / Selebriti
” Clean la, suara tak goyang, nafas pun clean. Power betul suara Hafiz, suara telan kaset.. ” – Komen Netizen
Sedutan video persembahan Hafiz Suip di Muzik Muzik 39 Separuh Akhir raih pujian ramai. Fuh power betul suara Hafiz ni. Pegang microphone jauh pun, tetap dengar clear suara tu. Meremang dengar suara Hafiz, bakal menang vokal terbaik ni..
Muzik Muzik 39 separuh akhir berlangsung selama 2 hari iaitu pada 14 dan 15 November 2024. Banyak lagu yang dipertaruhkan dan antara artis yang membuat persembahan semalam adalah Amir Masdi, Marsha Milan, Hafiz Suip, Nabila Razali dan ramai lagi.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok TV3 Malaysia, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan persembahan Hafiz Suip. Ini antara persembahan yang sangat dinanti-nantikan oleh semua terutamanya peminat Hafiz. Setelah sekian lama Hafiz menyepi dari pentas AJL, persembahan Hafiz malam tadi memukau semua.
Hafiz mempertaruhkan lagu Terus Bersinar, lontaran suara Hafiz sangat bagus. Vokal Hafiz yang mantap masih sama seperti dahulu dan ramai yang berpendapat Hafiz bakal memberi saingan yang hebat. Sebutan Hafiz juga kdengaran jelas dan tidak tenggelam dengan bunyi muzik.

Ramai yang suka melihat cara Hafiz memegang microphone. Jaraknya yang agak jauh dari mulut tetapi Hafiz bijak mengawal suaranya. Tidak puas melihat persembahan Hafiz dan ramai yang berharap agar Hafiz dapat meloloskan diri untuk ke peringkat akhir.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@tv3malaysia Jom undi lagu Terus Bersinar @hafizsuip90 untuk ke AJL39! 🔥 Saksikan Muzik Muzik 39 Separuh Akhir, 14 & 15 November, 9.00 malam, di TV3 & strim juga melalui Tonton. Mulai 10-15 November, korang boleh menang Smart TV & tiket AJL tau! Nantikan.. #SFMM39 #RoadToAJL39
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Even sound tv3 agak teruk.. but suara hafiz suip power perfect and merdu sgt. suara hafizz perfect.. “
” Hafiz suip paling power. Hang telan kaset ka.. bakal vokal terbaik ni. Hafiz akan dapatkan balik award tu kali ni.. aku yakin.. “
” Lock hafiz suip nyanyi power tak perlu mic power pun suara mantapp jugakk.. Hafiz punya vokal lain mcm dari artis2 lelaki Malaysia…. terbaik Hafiz.. “
” Clean la suara tak goyang.. Nafas pun clean.. power betul suara Hafiz ni. Saya yakin, Hafiz pasti mara ke final AJL39 dan gondol balik award vocal terbaik.. “
” Mic dia jauh wey pastu suara dia jelas setiap perkataan.. bravo hafiz suip semoga terus bersinar hiburkan para netizen.. “
” King is back.. Road to AJL.. Good Luck Hafiz.. mudahan ada rezeki AJL kelak. Hafiz suara tinggi dia lunak.. “
” Kalau vocal dah power tak yah MIC mahai mahai .. pakai mic biasa pun suara dah power .. suara clear n power mcm recording ok lock vokal terbaik hafiz Suip.. dari dulu hingga kini memang minat hafiz ni.. “
Vokal Hafiz tidak perlu dipertikaikan lagi dan ramai yang menjangkakan Hafiz bakal merebut kembali anugerah vokal terbaik sekiranya berjaya ke peringkat akhir. Ramai yang menyokong perjuangan Hafiz dan semoga ada rezeki Hafiz untuk ke final nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok TV3Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Cantiknya bakal menantu. Macam iras muka Memey.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Moment i knew you were truly love with her was the moment.. ” – Spacedollah

