Connect with us

Artis / Selebriti

” Cheeky lah Emelia. Suruh tidur terus pejam mata dan terlentang, haha.. ” – Netizen

Video Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Melayan Anaknya, Sophea Emelia Yang Masih Tidak Mahu Tidur Buat Ramai Terhibur. Alahai Makin Banyak Akal Lah Si Comel Ni, Ger4m Tengok Gelagat Emelia !!

Bagi yang mengikuti Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor di akaun Instagramnya, pasti mengetahui yang Dr Sheikh Muszaphar suka berkongsi perkembangan anak-anaknya. Lebih-lebih lagi mengenai anak kembarnya iaitu Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia.

Kini Eusoff dan Emelia bakal memasuki usia dua tahun pada bulan hadapan. Terbaru, Dr Sheikh Muszaphar ada memuatnaik satu video ketika melayan Emelia yang masih tidak mahu tidur. Tulis Dr Sheikh Muszaphar, Emelia ingin bermain bersama abang-abangnya lagi iaitu Adam dan Noah.

Dalam video itu, kelihatan Emelia berada di atas katil. Kedengaran Dr Sheikh Muszaphar mengajak Emelia untuk menyebut kiraan numbor 1 hingga 10. Pada akhir video, Dr Sheikh meminta agar Emelia untuk memejamkan mata dan tidur.

Setelah mendengar apa yang disuruh oleh daddynya, Emelia terus memejamkan mata dan tidur terlentang. Perkongsian video oleh Dr Sheikh Muszaphar ini telah menarik perhatian warganet dan mendapat ratusan komen serta menerima lebih 17 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya begitu terhibur melihat gelagat comel Emelia. Antara komen-komen menarik adalah :

” Cute nya. Ger4m tgk. Semoga Emilia membesar menjadi anak yg solehah. Taat kpd perintah Allah swt dan berbakti kpd kedua orangtua kamu. Aamiin2 Ya Allah Ya Mujeeb.. “

” Cheeky lah Emelia ini, suruh tido terus pejam mata terlentang, haha. Dah banyak akal dia sekarang ye, hehehe comel.. “

” Pkl 11 pun suara energetic lagi, daddy yang mcm nak pengs4n. Bijak Emelia nie, suara cute sebiji muka Dr Halina lah.. “

” Too cute, sbr sguh daddy dia suh tdo ye. Klu sy dh slmt tutup lampu suh anak2 tdo. Terbaik lah Dr, memang bapa yang sangat penyayang.. “

” Mashaallah comel je tutup mata terus tido. Time suruh mengira terus buat macam nak pengs4n ye, haha cerdik lah kamu Emelia.. “

” Hehehe cute Emelia. My baby tukar routine tido from 6pm to 10pm and no longer wants to be placed in bounce bounce (buaian). Nk daddy & mummy tepok tep0k smpai dia tido.. “

” Hahahahaha napa lah comel sangat Emelia. Awal juga tu dr, anak sy tido petang, malam berjaga, pkul 2 pagi baru tido. Mata sy pun dah jadi mata panda.. “

Alahai comel gelagat Emelia, makin bijak. Apa-apa pun pujian harus diberikan kepada Dr Sheikh Muszaphar kerana sangat sabar melayan kerenah anak-anaknya. Memang seorang bapa yang sangat penyayang. Apa-apa pun semoga Emelia terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah buat kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG drsheikhmuszaphar

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT