Artis / Selebriti
” Carbon copy Abang Edry si Emil ni, rambut pun sama.. ” – Komen Netizen
Edry Abdul Halim kongsi gambar bersama anak sulungnya, Emil raih perhatian ramai. Wah, copy past sangat ni, nampak macam adik-beradik je. Edry pun maintain muda walaupun usia hampir 50 tahun..
Meninjau ke akaun Instagram Edry Abdul Halim, perkongsian sekeping gambar yang memaparkan Edry bersama anak sulungnya, Emil telah meraih perhatian ramai. Gambar tersebut dirakamkan di KLIA sebelum mereka berlepas ke negara Jepun.
Apa yang mencuri perhatian ramai orang ialah penampilan dua anak beranak ini seperti adik-beradik kerana wajah Emil sangat seiras dengan bapanya, manakala Edry tetap maintain awet muda walaupun usianya sudah mencecah akhir 40 an.
Wajah Emil saling tidak tumpah seperti wajah Edry ketika remaja dahulu. Bukan sahaja Emil mewarisi rupa paras bapanya tetapi juga rambut kerintingnya juga sama dengan bapanya. Bak kata netizen, Emil sememangnya ‘ carbon copy ‘ bapanya.

Perkomgsian gambar ini telah menerima lebih enam ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ada untungnya apabila mendirikan rumahtangga di usia muda kerana ketika anak-anak membesar, ibu bapa masih lagi di usia muda.
Jom lihat perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN -> untuk melihat gambar seterusnya.. )
Di ruangan komen, ramai yang menyatakan wajah dua anak beranak ini seperti adik-beradik. Antara komen-komen yang diberikan :
” Carbon Copy Abg Edry Si Emil ni… Omeyyyyyyy.. CTRL+C CTRL+V betul abang Edry and Emil. Have a safe journey… “
” Enjoy your trip cikgu.. yg mana satu 24 tahun ni? Enjoy ur trip .. mcm abg adik jee niee haa.. Muka macam Amir Masdi.. “
” Untung kawin awl.. ank da besar.. Handsome bapak ngan anak abg edry.. Muka Sama.. Macam abg & adik.. Eh rambut daddy dia.. “
” Happy holiday edryabdhalim and Emil.. Enjoy your trip boss.. Dari kecik tgk Emil, sekarang dah macam adik n abang je picture ni .. “
” Jgn cuba nak jadi abang Emil pulak ye, Edry. Ingat kitorg tak tau ke umur u? apesal nampak muda sangat daddynyer pun.. dah macam rakan sebaya, hehe .. “
” Copy paste muka daddy dia ya bukan muka je.. rmbt pun.. rmbt mahal tuu.. mcm rmbt my son juga.. “
” Last Saturday Emil jalan belakang kitorg turun escalator TRX sampai bawah. Tapi segannn nak tegur. Fuhh fotostat betul.. “
Wah, seronoknya Edry dan Emil bercuti ke negara matahari terbit. Pastinya kedua anak beranak ini akan meluangkan masa bersama dengan pelbagai aktiviti di sana. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat bercuti buat Edry dan anaknya, Emil.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Edry Abdul Halim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen

