Artis / Selebriti
” Cantiknya makcik Erra, memang baka comel.. ” – Netizen
Erra Fazira Kongsi Video Bersama Ibu Saudara Yang Sebaya Dengannya Raih Perhatian Ramai. Wah Cantik Lah Makcik Erra. Muka Pun Agak Seiras Dengan Erra !!
Meninjau ke akaun Instagram Erra Fazira, perkongsian sebuah video bersama ibu saudaranya telah meraih perhatian ramai. Erra memuatnaik video ini bersempena hari lahir ibu saudaranya yang dipanggil Busu.
Menurut Erra, ibu saudaranya ini sebaya dengannya malah Erra sebenar tua sebulan daripada ibu saudaranya itu. Perkara ini berlaku apabila ibu Erra dan juga nenek Erra sama-sama mengandung pada tahun yang sama.
Erra sangat rapat dengan ibu saudaranya ini dan sentiasa bercuti bersama-sama. Ini dapat dilihat dalam video yang dikongsikan oleh Erra ini. Banyak memori percutian mereka bersama dan juga sentiasa beriadah bersama.

Erra turut menitipkan ucapan hari lahir buat ibu saudaranya itu. Kedua-dua mereka sama cantik dan nampak seiras sahaja. Tidak nampak seperti ibu saudara dan anak saudara tetapi seperti adik-beradik sahaja.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang berkongsi pengalaman yang lebih kurang sama dengan Erra. Antara komen-komen yang diberikan :
” Saya pun ada yg sebaya anak buah saya lebih tua dari saya pun ada dh namanya pangkat mcik kena juga paling mcik itu pesan mcik² kami utk anak² buah kami .. “
” Wah, makcik lawa.. ada kak erra pernah story nama dia Busu Linda kan.. Dah kawin ke Makcik Erra ni ? “
” Happy birthday awak lynaz20 .. semoga sentiasa sht dan kekal mudaaa, di permudahkan urusan dunia & akhirat kelak.. aamiin ya mujib.. “
” Cantiknya makcik Erra, happy birthday.. Mmg baka comel.. happy birthday.. Sama mcm kisah saya juga ni.. “
” Sama cantik.. Kirim salam mak cik cantik.. Sama la kita. Mak usu kita muda setahun dari kita.. sabar je la.. ahha.. “
” It happend in my family too tau Era..malah pakcik lagi muda drp Anak saudara.. lamanya tak jumpa linda.. makin lawa and kurus.. “
” Cantik makcik kak Erra just like you.. happy birthday kak linda.. Sama saya dan m.cik umur sebaya… adik mak yg bongsu, mak bersalin kn sya bulan 2 dan nenek bersalin bulan 9.. “
” Hahaha mmg pening nak terangkan… Mcm saya dulu dgn adik n emak pregnant berjemaah selang seminggu amek turn masuk hospital.. “
Seronok sebenarnya apabila mempunyai ibu saudara yang lebih kurang sebaya ini. Terasa seperti bersama kawan-kawan sahaja. Kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat hari lahir buat ibu saudara Erra Fazira ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Erra Fazira
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti2 days ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti7 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Since i been like alone, I macam tak biasa but.. ” – Engku Aleesya

