Artis / Selebriti
” Cantik semua anak Arni Nazira. Seorang muka Awie, seorang muka Arni.. ” – Komen Netizen
Perkongsian gambar terbaru Dato’ Awie bersama isteri dan anak-anaknya curi perhatian warganet. Wah makin cun anak-anak dara Dato’ Awie. Macam Arni Nazira masa muda dulu..
Meninjau entry di akaun Instagram dan Tiktok Sharifah Ladyana, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan Dato’ Awie bersama Datin Ladyana dan 4 orang anak-anak mereka. Menerusi perkongsian ini, dapat dilihat 2 orang anak perempuan Dato’ Awie hasil perkongsian hidup bersama Arni Nazira suatu masa dulu iaitu Putri Aleeya Antasha dan Putri Aleefa Antasha.
Kedua-dua anak dara Dato’ Aiwe ini sudahpun berusia awal 20an dan membesar menjadi anak yang cantik rupa parasnya. Kecantikan Aleeya dan Aleefa menarik perhatian warganet dan ramai yang mengatakan kedua-duanya mewarisi kecantikan ibu mereka.
Wajah Aleeya dikatakan seiras sekali wajahnya dengan Arni Nazira, manakala Aleefa pula lebih nampak mewarisi wajah Dato’ Awie. Pada ruangan kapsyen pula tertulis ‘ keluarga bahagia itu datang daripada rasa syukur. Bersyukurlah dengan apa yang Allah tetapkan ‘.

Kemesraan dan keakraban Datin Ladyana dengan kedua-dua anak perempuan Dato’ Awie ini juga dipuji oleh warganet. Sekali pun ibu tiri, Datin Ladyana tetap melayan anak-anak seperti anak sendiri. Bagi yang mengikuti perkembangan keluarga Dato’ Awie pasti mengetahui kesemua anak-anak Dato’ Awie akrab antara satu sama lain walaupun berlainan ibu.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 40 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Anak awie yang pakai baju putih tu sbijik macam muka mak dia arni nazira.. cun melecun, lembut je mukanya.. “
” Bila anak tiri boleh hidup dengan mak tiri.. itu maknanye mak tiri tu seorang yang baik.. bertuah tokwie dapat isteri yang baik seperti datin sharifah ladyana ni.. “
” Anak dia yg prmpuan baju hitam tu serupa dgn pelakon Tagalog yg pangako sayo tu. kristine Hermosa.. “
” Cantik semua anak Arni Nazira.. Seorang muka Awie, seorang muka Arni.. yang baju putih tu cantik seiras Arni.. “
” Yang baju itam tu ikut muka awie masa mula-mula up femes dulu.. sebijik.. segakl anak Awie dan Arni.. “
” Alhamdulillah besar-besar dah anak dara Dato’ Awie.. cantik lgi tu.. family bahagia, suka tengok.. “
” Cantik wife. Anak-anak pun cantik dan comel.. anak dara 2 orang tu makin besar makin cantik.. macam tengok Arni Nazira je yang belah kanan tu.. “

Dah besar panjang anak-anak dara Dato’ Awie, makin lama makin cantik dan manis. Datin Ladyana pun seperti kakak sahaja apabila bergambar bersama anak-anak. Semoga keluarga bahagia ini sentiasa dalam rahmat Allah dan gembira selalu bersama.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sharifah Ladyana, ig sharifah ladyana al-qudree
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti7 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

