Artis / Selebriti
” Cantik sangat ibu mertua, handsome bapa mertua. Sebab tu lah turun kat Fattah.. ” – Netizen
Fazura Kongsi Video Dan Gambar Sempena Ulang Tahun Kelahiran Ibu Mertuanya, Azizah. Wajah Awet Muda Mak Dan Ayah Fattah Amin Raih Perhatian Peminat. Part Video Thr0wback Puan Azizah Dengan Fatima Aisya Masa Baru Lahir Tu Sweet !!
Menerusi akaun Instagram Fazura, telah dikongsikan beberapa keping gambar dan video yang memaparkan Fazura bersama ibu mertuanya, Azizah. Perkongsian ini khas buat ibu mertua tersayang bersempena ulangtahun kelahiran ibu Azizah.
Indah bait kata yang ditulis oleh Fazura berupa doa buat ibu mertuanya ini. Mendoakan agar ibu Azizah sentiasa dikurniakan kesihatan, ketenangan dan sentiasa dalam redha Allah, Fazura juga mengungkapkan rasa sayangnya pada ibu Azizah.
Melihat daripada gambar dan video yang dipamerkan, Fazura nampak seorang menantu yang manja dengan ibu Azizah. Cukup sopan melayani dan menyantuni ibu mertua seperti ibu kandungnya sendiri, ianya meraih pujian peminat.

Peminat juga memuji wajah ibu Azizah dan suaminya, Encik Amin yang terlihat muda belia. Encik Amin juga kelihatan kacak tak ubah wajahnya seperti Fattah. Beruntung Fazura mempunyai ibu mertua yang baik dan menyayangi dirinya.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )
Perkongsian oleh Fazura ini telahpun meraih lebih 40 ribu likes daripada peminat setakat artikel ini ditulis. Antara komen-komen peminat :
” Beruntungnya Fattah Amin beristrikan missfazura selain cantik, bussines woman, bagus akhlak dan rendah hati pula. Smoga jodoh sehidup sesurga y kalian aamiin.. “
” Selamat hari jadi ibu Azizah, cantik sangat ibu awet muda. Semoga ibu Azizah sentiasa dalam rahmat Allah.. “
” Selamat ulangtahun nenda Fatima, ada iras muka Fatima lah. Tu ayah fattah ke abang dia weh, ya Allah mudanya nampak.. “
” Suka tgk, semoga kekal bahagiaa selamanya. Maintain private and humble kak Faz dan suami. Semoga kebaikan mengiringi kesejahteraan bersama. Aamiin ya Allah.. “
” Handsome betul bapa mertua tu Sebab tu la turun kt fattah , hndsome mcam bapa dia … Mana tak tump4hnya kuah klau tak ke nasi .. hihi.. “
” Mudanya mother in law, happy birthday nenda Fatima. Keluarga awet muda, semua nampak muda muda dan lawa lawa.. “
” Sanah helwah ibu Azizah, sweet dan humble lady sama macam menantunya yang cantik jelita ni. Suka tengok gambar Fazura dengan mil, lambang kasih sayang.. “
” Selamat Hari Lahir ibu Azizah.. bertuah faz dpt ibu mertua sebaik ni. gambar first dengan last tu comelnya fazura pegang tangan.. “

Memang cantik dan nampak muda ibu mertua dan bapa mertua Fazura ini. Selamat ulangtahun kelahiran ibu Azizah daripada kami di Berita Kopak. Semoga dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan kesihatan yang baik selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fazura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti7 days ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti24 hours ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aihh, dah kahwin pun pasrah lagi.. ” – Ezwan Zain

