Artis / Selebriti
” Cantik dan bijak. Complete package wife Radin ni.. ” – Komen Netizen
Video Radin Era dan isterinya, Amirah berkongsi cerita detik perkenalan mereka raih perhatian ramai. Wah, macam tu rupa-rupanya mereka kenal. Ramai yang puji pertuturan Amirah yang matang. Beauty with brain..
Semalam telah berlangsungnya majlis pernikahan penyampai radio Era FM, Radin bersama pasangannya, Nur Amirah Shamsulbahrin. Ramai yang teruja untuk melihat isteri Radin kerana hubungan cinta mereka yang langsung tidak dapat dihidu oleh orang ramai.
Untuk makluman, Amirah merupakan kakak tiri kepada Dahlia Rizal. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Era FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual pihak Era bersama Radin dan Amirah sehari sebelum majlis pernikahan mereka.
Banyak yang dikongsikan kepada umum, antaranya kisah perkenalan mereka dan harapan pasangan ini untuk bahtera perkahwinan yang dibina. Kata-kata yang keluar dari mulut Amirah membuatkan ramai teruja. Amirah tidak hanya cantik tetapi juga sangat pandai menyusun kata dalam pertuturan.

Suaranya manja dan sedap didengar tetapi ada ketegasan dalamnya. Memetik komen warganet, Amirah ini contoh wanita ‘ beauty with brain’. Bak kata Amirah, perkahwinan ini bukan sekadar ungkapan cinta tetapi lebih kepada toleransi dan memberikan ketenangan.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Cantiknya isteri dia , her voice is so soothing.. Salah Satu sifat yang perlu Ada dalam diri sebelum nak masuk ke alam rumah tangga adalah sifat matang. And Alhamdulillah I saw Radin’s wife very matured person.. “
” Kenapa ek tengok ulang banyak kali pun senyum sampai telinga.. anyway congrats to both of you radin_era.. “
” She’s already a mother with 3 kids, right? Sbb tu nmpk matang dan bersedia. when u married to a lawyer. she talk like she’s in the court.. “
” This is true…. marriage is about give n take, abt accepting each other’s flaws n saling melengkapi in good n bad times together.. “
” Nampak mereka dah matang & dah bersedia menempuh alam perkahwinan seterusnya..selamat pengantin baru radin_era dan isteri.. “
” Kata kata yang sangat wow.. comel sweet sangat tau dorang ni.. dah aku pulak yang senyum sorang sorang haha.. “
” Aku dah anak 3 tau, tp asal aku pun tersengeh2 malu-malu ek tengok ni.. Cantik dan bijak… complete package wife radin ni.. “
Seronok warganet mendengar tutur kata Amirah yang lembut dan berhemah itu. Semoga semua impian Radin dan Amirah untuk rumahtangga mereka akan dimakbulkan Allah dan ikatan ini berkekalan sampai ke jannah. Anything talk to my lawyer, bijak Radin, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Ameng tu aku tak tahan. Tergelak aku tengok, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia lah yang ada, aku cerita dia duduk dengar sampai dengan dia sekali menangis.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku dah mula start nak nangis, lagu best dan suara mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Maaf bukan jeling tu kak, saya ingatkan.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti4 days ago” Masha Allah, merdunya azan Hussain ni. Tenang hati dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini yang ditunggu-tunggu. Akhirnya BASS berduet juga guna lagu ni, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia cuba sampaikan luahan hati yang terpendam, lama dia simpan tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Hawa, Mira nak tanya something ni.. ” – Amira Othman

