Artis / Selebriti
” Cantik aturan Allah, comelnya Khalisa Insyirah.. ” – Netizen
Azmi Saat Kongsi Gambar Anak Perempuannya Yang Sudah Berusia Sebulan Lebih Raih Perhatian Ramai. Alahai Comelnya Khalisa Insyirah. Pipi Labuh, Mata Bulat. Alhamdulillah Penantian Selama 12 Tahun !!
Umum mengetahui yang penyanyi, Azmi Saat telah pun menerima cahayamata sebulan yang lalu. Pada hari ini Azmi telah pun berkongsi wajah bayi perempuannya kepada umum menerusi akaun Instagramnya. Puteri kesayangan Azmi diberi nama Khalisa Insyirah.
Azmi dan isterinya telah menanti selama 12 tahun untuk menimang cahaya mata. Sebelum ini pasangan ini pernah menimang cahayamata lelaki, namun usianya tidak panjang. Hanya tiga hari sahaja dipinjamkan kerana kegagalan fungsi otak.
Kini kehadiran Khalisa telah mengubah kehidupan Azmi dan isterinya. Walaupun agak sukar kerana Azmi dan isteri merupakan golongan buta, namun kini mereka berusaha menjaga Khalisa tanpa bantuan sesiapa setelah kakak ipar dan ibu pulang ke tempat masing-masing.

Perkongsian ini telah menerima lebih 4 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik beberapa jam yang lalu. Ramai yang geram melihat wajah Khalisa yang dilihat sangat montel. Lihat sahaja pipinya yang labuh, comel sangat.
Jom lihat perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN -> untuk gambar seterusnya.. )
Di ruangan komen, ramai yang geram melihat wajah comel Khalisa. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Saya tumpang happy buat azmi n wife. dr dulu sy doakan korg dapat zuriat lepas kehilangan permata hati yg first.happy sgt2 untuk korg.. “
” Ya Allah semangat nye awk dh ade ank disyurga, Allah ganti yg lain… hikmah … moga membesar bagai johan, inshaAllah.. “
” Semoga Khalisah Instirah menjadi pelindung Ibu Ayah & pembawa berita gembira selamanya Semoga Allah permudahkan semua urusan En. Azmi & isteri dlm semua segi.. “
” SubhanaAllah..somelllnya…semoga dipermudahkan segala urusan azmi Dan isteri.. Alhamdulillah masyaAllah my Kuntum…. so cute masyaAllah cantik .. Ikut mama sungguh… “
” Subhanallah. Ank solehah kelak. Smga sihat walafiat sellu.. Gambar last tu, geram lahhhh. Comel.. Cantik aturan Allah, comelnya MasyaAllah Khalisa Insyirah.. “
” Comelnya Khalisa ..Semoga Allah swt permudah segala urusan ..bertambah rezeki serta sihat sekeluarga Aamiin2 YRA .. “
” Alhamdulillah keatas kurniaan Allah tu. moga khalisa menjadi anak yg solehah dan membesar dlm kasih sayang walid dan umminya.. “
Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Khalisa Insyirah membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik serta solehah. Semoga segala urusan dipermudahkan buat Azmi Saat dan isteri dalam membesarkan puteri kesayanagan mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Azmi Saat
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti7 days ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Janganlah lebih-lebih Mommy, malu lah.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti3 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Patutlah Ayash cakap adik Shuib, tengok lah time dia buat muka tu, sebiji bapak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya mungkin tak dapat cari lelaki sebaik Razzi di luar sana.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Akak nurse tahun ni tak perlu ambil cuti, kalau nak cuti just suruh Mek Yun masuk shift je.. ” – Komen Netizen



