Artis / Selebriti
” Bukan setakat si adik, abangnya pun suara merdu.. ” – Netizen

Video Geng 3 Pagi Era Berselawat Bersama Adik Amir The Chosen One Dan Abangnya, Azrul Sempena Maulidur Rasul. Wah Ingat Adik Je Suara Merdu, Abang Pun Suara Sedap Juga !!
Kedatangan adik Amir iaitu peserta program realiti, The Chosen One ke konti Era membuatkan geng 3 Pagi Era terharu. Radin dan Pak Azad juga sempat berkongsi rezeki dengan membawaΒ Amir dan abangnya, Azrul ke sebuah mall dan membelikan adik beradik ini beg serta kasut baru.
Selain merakam video Amir menyanyi lagu Untukmu Ibu, Tiara dan membaca Al-Fatihah, team 3 Pagi Era turut bersama-sama Amir dan Azrul berselawat sempena Maulidul Rasul. Menerusi akaun Instagram Era, telah dimuatnaik video tersebut dan ianya mendapat perhatian.
Azrul memulai selawat dan suaranya juga meraih perhatian warganet. Sedap juga suara Azrul, boleh dikatakan adik beradik ini memiliki suara yang merdu. Nabil juga sempat memberi sedikit kata-kata berkenaan kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Kata Nabil, perbanyakkan lah selawat ke atas nabi pada hari ini kerana orang yang banyak berselawat akan mendapat syafaat Nabi pada hari perhitungan nanti. Ucapan Salam Maulidul Rasul juga diucapkan daripada team Era untuk semua pendengar setia radio ini.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, lebih 4000 tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Dekat mana ada adik amir, dekat situ kita follow hehe. Sebab Amir saya follow Era ni, terbaik lah semua.. ”
” Allahu Akbar, Alhamdulillah terbaik 3 Pagi Era. Salam maulidul rasul. semoga kita mendapat Syafaat BAGINDA NABI MUHAMMAD SAW.. ”
” Adik beradik Amir ke tu. Boleh ke tengah kan juga ni. Suara nya Masha Allah bagus.. Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad Wa’ala Ali Sayyidina Mu.. ”
” Amer tentu dah jemu dok dlm hutan batu. Kompem dia rindu belantara. Saya tau perasaan itu. Sbb saya hampir dgn saudara2 oa di pedalaman.. ”
” Jom sama-sama kita perbanyakan berselawat.. moga sama-sama kita dapat syafaat dari Rasulallaahh.. Aamiinn.. ”
” Kena suaranya, merdu sangat. Salam maulidur rasulβ¦ allahuma sholliβalaa Muhammad Ya Robbi sholliβalaihi wassalim.. ”
” Bukan setakat si adik, abangnya pun suara merdu. masha Allah anugerah Allah buat mereka, ada suara yang sedap di dengar dan menusuk ke hati.. ”
Bak komen warganet, suara si adik lunak, si abang pun tak kurang juga merdunya. Apa-apa pun, salam maulidul rasul daripada kami di Berita Kopak buat semua dan semoga kita semua tergolong dalam golongan yang mendapat syafaat Nabi Muhammad SAW.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” InshaAllah, nanti Allah gantikan yang lain. Belum rezeki dia untuk bersama kita.. ” – Ibu Shuib
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Wah Lisa, bukan main. Dia mesti ingat tak ada orang perhatikan dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Adui lirik Dijah, terbahak aku ketawa. Mak siapa lah Dijah sebut tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Sedih dan pilu sangat-sangat. Air mata aku berderai-derai tengok mak dia peluk bantal arwah tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tahniah Elisya. Uniknya nama baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Eja lain, bunyi lain. Rina ikut dialog Pendekar Bujang Lapok ke ni, lucu haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy.. ” – Watie Hanifiah