Artis / Selebriti
” Bukan senang oo nak tengok artis macam ni. Humble betul, tak sombong.. ” – Netizen

Video Gelagat Putera Muhammad Di Dewan Makan SK Rps Kemar Buat Warganet Kagum. Alahai Bagusnya Coach Amir Ni, Buat Macam Rumah Sendiri. Tak Ada Istilah Layanan VIP, Sempoi Sangat. Siap Dapat Merasa Masakan Mak Amir Masak Lagi, Syok Betul !!
Putera Muhammad bersama teamnya hadir ke sekolah Amir di SK Rps Kemar bagi memenuhi jemputan menyanyi untuk konsert Karnival Ekplorasi Kemarian. Menempuhi perjalanan yang berliku untuk sampai ke sekolah Amir ini, Coach Putera merasai sendiri kepayahan yang dilalui oleh Amir sebelum ini untuk ke The Chosen One.
Karnival sudah pun selesai dan Putera Muhammad sangat baik dengan semua penduduk kampung yang hadir ke karnival berkenaan. Meninjau entry terbaru di akaun Tiktok Amir Sisi Unuk Official, telah dikongsikan gelagat Putera Muhammad ketika berada di dewan makan.
Walaupun hadir sebagai tetamu VIP, namun Putera Muhammad lebih selesa untuk tinggal di asrama bersama pelajar. Menerusi video ini, salah seorang cikgu Amir merakamkan Putera Muhammad mengambil sendiri makanan di dapur dan membawanya ke meja makan.
Turut dinyatakan pada ruangan kapsyen, lauk Putera itu adalah hasil tangkapan Apak Amir dan Amek Amir memasaknya khas untuk Putera Muhammad. Sudah la handsome, sempoi dan merendah diri pula, bertambah-tambah sayang lah semua pada coach Putera ni.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :
@amir.sisiunukoffi Ikan hasil tangkapan ayah Unuk,khas untuk team @Putera Muhammad ,orang nak hidang dia pergi ambil sndri kt dapaur#amirsisi #diaridaripedalaman #termojproduction #evolusibintangbaharu
♬ original sound – Amir Sisi(Unuk)Official – Amir Sisi(Unuk)Official
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Terbaik Putera Muhammad, tak sombong langsung ni.. Artis yang bagus Putera ni.. Saya jangka lepas ni nanti putra akan lebih meletop.. ”
” Bukan senang oo nak tengok artis macam ni. Keperibadian dia sangat-sangat mahal. Bagus Putera Muhammad ni.. ”
” Terbaik putra, buat spt rumah sendiri.. x perlu rasa malu, dgn sifat nie lah dpt lg kemesraan sebuah keluarga bahagia.. ”
” Putera Muhammad.. satu²nya artis yg berpeluang merasa sendiri pengalaman bersama dngn kaum org Asal… mmg terbaik, sikap ramah mesranya.. ”
” Mak Unuk bagi lauk sedapnya lauk tu.. untung ler team Putera.. terbaikkk putera muhammad…. moga terus maju jayaa.. ”
” Allahuakbar.. humble nya dia… Terbaiklah Putera Muhammad ni. semoga sentiasa dilindungi Allah selalu amin.. ”
” Pecah rekod yang pertama la putera Muhammad. tak sombong dengan orang kite eh. MMG kena cukup layan baik² mcm raja kan… siap boleh makan masakan org kg lagi.. ”
” Putera ni humble betul, tak sombong. Untung dapat merasa masakan mak Unuk. Memori yang tak akan Coach Putera lupakan.. ”
Bak kata pepatah ‘ Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa ‘, Putera memang insan yang baik budi bahasanya kepada semua warga Kemarian. Semoga Putera Muhammad dikurniakan Allah rezeki yang melimpah ruah dan berjaya selalu dalam karier seninya.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Amir Sisi Unok
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Menangis aku weh baca kapsyen Hadie. Tulusnya hati anak Ina Naim ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Takde lah nampak kau gi final sebab cable ke, sebab orang kesian ke, tak nak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Bonding mereka bertiga macam adik beradik. Tentu ramai yang akan rindu trio ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Blend betul lagu ni dengan suara Hadie. Versi akustik macam ni lagi syahdu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sedih tengok Amad. Tiba-tiba dia sakit, pelik kan.. ” – Komen Netizen