Artis / Selebriti
” Bukan makanan jer tengok berselera, view macam ni pon kita terliur.. ” – Netizen
Video Sheila Rusly Mengubahsuai Kawasan Halaman Rumahnya Raih Perhatian Ramai. Wah Cantiknya, Dari Dalam Rumah Hingga Ke Luar Memang Nampak Damai Je. Kalau Healing Memang Best Sangat Ni !!
Jika sebut sahaja nama Sheila Rusly pasti ramai yang mengenalinya. Bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan, malah Sheila juga antara pengarah drama yang hebat dalam industri seni tanah air. Selain minat dalam dunia seni, Sheila juga minat dalam bidang masakan.
Kalau meninjau di akaun Instagram, Sheila banyak berkongsi video masakan kepada warganet dan video-video masakan Sheila sering mendapat pujian ramai. Terbaru, Sheila ada memuatnaik satu video yang memaparkan kawasan halaman rumahnya yang telah diubahsuai.
Kelihatan pada awal video, halaman rumah Sheila telah ditukar rumput karpet yang baru. Selain rumput, beberapa pasu dan landskap tepi rumah Sheila juga diubahsuai. Pada hujung video, Sheila telah berkongsi hasil ubahsuai halaman rumahnya.

Perkongsian tersebut sekali lagi telah mendapat perhatian ramai. Ada yang kagum dengan suasana rumah Sheila yang dikatakan cantik dan nampak begitu mendamaikan. Sehingga kini video halaman rumah Sheila telah menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang memberikan kata pujian setelah melihat halaman rumah Sheila. Antara komen-komen menarik adalah :
” Huishhh.. Bukan makanan jer rupenye kita tengok berselera.. Tgk view macam ni pon terliorr, lawoo betul rumah Sheila.. “
” Cantiknyaaa.. Nampak tenang sangat suasan tu.. Kalau rehat petang2 ni mesti best sangat.. Dah tak payah pergi jauh2, tepi rumah pun onz.. “
” Masya Allah.. Cantek halaman dan dalam rumah Sis, kita tengok pun terpegun sangat.. Nampak damai lah suasananya.. “
” Best lepak2 situ morehhh ramadan nanti.. Bunga boleh lah main2 atas rumput tu.. Cantik betul lanskap yang sis pilih ni.. “
” Wahh sambut ramadan dengan suasana halaman rumah baru.. Cantiknya, nampak luas betul lepas tukar rumput baru.. “
” Cantik sangat lah hasilnya.. Rumah Sheila ni memang nampak best, banyak ruang boleh beristirehat.. “
” Masyaallah let0ps sangat ni sis.. Moga Ramadhan ini membawa kebahagiaan dan kedamaian yang indah buat Sis sekeluarga.. “
Memang cantik sangat halaman rumah Sis Sheila. Kalau sebelum ini pernah dikongsikan ruang dapur Sheila, ramai yang kagum melihat dekorasi ruang dapur tersebut sehinggakan ada yang meminta Sis Sheila membuat house tour.

Silakan SHARE..
Sumber : IG sheilarusly_jspictures
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti6 days ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Janganlah lebih-lebih Mommy, malu lah.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti2 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Patutlah Ayash cakap adik Shuib, tengok lah time dia buat muka tu, sebiji bapak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya mungkin tak dapat cari lelaki sebaik Razzi di luar sana.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti5 days ago” Akak nurse tahun ni tak perlu ambil cuti, kalau nak cuti just suruh Mek Yun masuk shift je.. ” – Komen Netizen

