Connect with us

Artis / Selebriti

” Budak bertuah, dia punya muka selamba tu sampai cuak Ustaz, haha.. ” – Netizen

Video Rakaman Suara Amir Sisi Bersama Ustaz Tarmizi Bagi Program Sempena Ramadhan Curi Perhatian Warganet. Allahu Sejuk Hati Dengar Suara Amir Berselawat. Reaksi Amir Tu Sampai Ustaz Tarmizi Pun Risau Dibuatnya. Amir Amir, Hehe !!

Selepas kemenangan Amir Sisi di rancangan realiti The Chosen One, rezeki Amir mencurah-curah datang. Satu demi satu tawaran untuk menjayakan majlis khas dan rakaman TV diperolehi oleh Amir dan yang terbaru adalah bagi slot Ramadhan di Astro Oasis.

Pada perkongsian terdahulu, dapat dilihat gambar Amir bersama guru-guru pengiring, abangnya Arun dan beberapa orang lagi di dalam studio. Turut dinyatakan mereka selesai membuat rakaman suara dan semoga jalan dakwah mereka ini memberi manfaat kepada semua.

Klik gambar untuk info..

Meninjau akaun Tiktok Termoj Production dan Amir Sisi Official, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan suasana ketika rakaman suara dijalankan. Rakaman ini menggandingkan Amir bersama salah seorang ustaz popular di Astro Oasis iaitu Ustaz Tarmizi.

Berpadu suara mengalunkan selawat tafrijiyah bersama-sama, gelagat Amir dengan muka selambanya itu membuatkan Ustaz Tarmizi cuak. Manakan tidak, nampak Amir seperti tidak fokus tetapi sebenarnya Amir ini jenis yang steady. Sampai sahaja turn Amir, keluar terus suara emasnya itu.

Jom tonton video di bawah :

( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) 

@termoj.production6

Selawat tafrijiyah..Jom penuhi hati dan hari anda dengan selawat..Pendidikan bukan sekadar dalam kelas,di mana juga asal jiwa pendidik itu ada,maka ilmu akan diperoleh juga#amirsisi #fypシ #termojproduction #diaridaripedalaman #berandafypシ #viral_video @amirunukofficial @tarmiziabdrahman

♬ original sound – Termoj Production – Termoj Production

@amirunukofficial

Semoga menjadi jariah bagi kami semua,jazakallah ustaz @tarmiziabdrahman sudi teman 5jam di sesi rakaman mencurahkan ilmu#amirsisiunukofficial #termojproduction #diaridaripedalaman #fypシ #beranda @Termoj Production

♬ original sound – amirunukofficial – amirunukofficial

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Masya Allah sedap selawat Amir dan Ustaz Tarmizi.. Bertuahnya Amir dikelilingi orang-orang yang hebat.. ”

” Sedapnya suara Amir …. ustaz Tarmizi macam risau Amir tak focus … Amir nampak main-main dengan muka selamba dia tapi steady.. ”

” Allahu sedapnya Amir selawat… Semua VTT selawat Amir aunty saved. Masa drive dengar selawat dari Amir. Semoga Amir menjadi anak yang soleh.. ”

” Alhamdulillah, sedapnya dengar selawat Unuk dan Ustaz Tarmizi, tenang rasa hati,terima kasij Cikgu2 dan Ustaz yang sentiasa membimbing Unuk. semoga Allah permudahkan segala usaha kalian.. ”

” Alhamdulillah.. merdunya suara unuk brselawat.. tenang hati dgr.. unuk jumpa ustaz tarmizi lagi. nampak cuak muka ustaz, amir muka macam main-main hehe.. nakal Amir ni.. ”

” Budak bertuah, dia punya muka selamba tu sampai cuak ustaz. tapi bila bukak mulut, masyaAllah merdu suara. Paduan selawat paling menusuk ke hati bila dengar.. ”

” Sedap gabungan suara berdua ni.. gemersik tu sampai ke jiwa. amir ni tak yah bukak mulut sangat pun suara kuar tetap merdu. ustaz risau dah tu takut amir lupa part dia hehe.. ”

Klik gambar untuk info..

Alhamdulillah memang rezeki anak bertuah ni, selain mencari rezeki dapat turut sama berdakwah. Paduan suara yang pasti akan dinanti-nantikan sepanjang bulan Ramadhan nanti. Semoga Amir terus maju jaya dalam perjuangannya ini dan menjadi insan berjaya dunia dan akhirat. Insha Allah.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Termoj Production, Tiktok Amir Unuk Official

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT