Connect with us

Artis / Selebriti

” Bijaknya Maths boleh, English boleh, mengaji boleh. Well done boy.. ” – Netizen

Video Anak Nora Danish, Mohamed Neqayl Nedim Belajar Mengaji Dengan Cara Yang Unik Buat Ramai Tertarik. Alahai Pandai Ney Ney. Sebutan Pun Comel Je, Good Boy !!

Meninjau akaun Instagram Nora Danish, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat anaknya, Nedim membacakan huruf Hijaiyah. Dalam video ini, Nedim atau panggilan manjanya Ney Ney dengan teknik jari jemarinya membaca bermula dari huruf Aliff sehingga Yaa dengan fasih sekali.

Apa yang menarik, setiap gerakan jarinya mewakili setiap huruf yang disebutnya itu dan kelihatan menarik sekali. Sebutan Ney Ney juga ada slangnya tersendiri dan pembelajarannya itu nampak unik dan lain daripada biasa. Ney Ney adalah anak sulung Nora bersama Nedim Nazri dan kini sudahpun berusia 3 tahun.

Banyak gambar dan video Ney Ney ada dikongsikan Nora di Instagramnya. Pada postingan terdahulu juga Nora ada berkongsikan gaya Ney Ney membaca buku dan ianya mendapat pujian daripada peminat. Pada usianya ini, Ney Ney sudah petah bercakap dan bijak mengingati semua yang dipelajarinya.

Ney Ney juga seorang kanak-kanak yang ceria dan manja. Akrab dengan dua orang abangnya iaitu anak perkahwinan terdahulu Nora dan Nedim iaitu Putra Rayqal dan Mohamed Nedrin, mereka bertiga sering bersama-sama melakukan berbagai aktiviti di rumah.

Jom tonton video di bawah :

Nedim juga ada berkongsikan di Instagramnya video Ney Ney mengaji.

Gaya pembelajaran Ney Ney belajar mengaji ini mendapat perhatian peminat dan ramai yang tertarik dengan cara Ney Ney menghafal. Antara komen-komen mereka :

” So pandai Neyney, dia macam ada teknik menghafal huruf-huruf tu guna jari. Dari video mummy dia lagi. Menarik sungguh.. “

” Bijaknya Maths boleh, English boleh, mengaji boleh. Well done boy. Cute nya sebutan lam alif dia hihi. anak yg soleh.. InsyaAllah.. “

” Bijak adik ni, daya imaginasi dan ingatan tinggi. boleh created some movement sebagai fomula. ini tinggi memory nie.. “

” Oh my god so cute and bijaknye neyney. Ilmu dunia akhir4t dia study.. Mantap parents. Ney Ney ada teknik utk menghafal loving boy. He is so brilliant.. “

” SubhanaAllah bijak sgt neyney. Guna jari jemari tu …Alhamdulillah, sebut lam alif tu alahaii comeyy je. Pandai Neyney. Slang macam mat salleh baca alif ba ta. Mommy dia yang pandai, lucu ney ney ni.. “

” Ney Ney dah bukti kan yg Ney Ney bukan saja membesar dengan kecomelan tapi juga kecerdikan. Pandai Mummy, always My Puteri.. Kita Enjoy.. “

” Sebutan pun sedap. Pandai ney ney, kemaen bijak lg dak neyney ni. masa prengnant kan neney jg pemakanan mcm mn Nora. bijak sgt la neney ni.. “

” That slang at ‘lam alif’ so cute. Slang ala2 Caprice, good boy and handsome boy. clever nye siap tnjk dgn tgn sign lg.. “

Bagusnya Ney Ney sudah pandai menghafal asas huruf dan teknik yang diguna pakai juga berbeza. Sebutannya yang comel dan gaya pembelaran yang unik buat ramai yang teruja . Semoga Ney Ney terus membesar dengan bijak dan menjadi anak yang soleh untuk kedua ibu bapa.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Nora Danish, IG Boss_Ned

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT