Artis / Selebriti
” Bijak sangat anak awak Nora.. ” – Netizen

Nora Danish Kongsi Video Anaknya, Mohamed Neqayl Nedim Lancar Membaca Doa Makan Dan Doa Sebelum Tidur. Dah La Comel Bijak Pulak Itu !!
Sebagai ibu bapa pastinya akan teruja apabila melihat perkembangan anak yang membesar dengan baik dan bijak. Itu sudah cukup menggembirakan hati ibu bapa. Begitu juga perasaan Nora Danish terhadap anak bongsunya bernama Mohamed Neqayl Nedim atau nama mesranya Ney Ney.
Meninjau ke laman Instagram milik Nora, telah dikongsikan video di mana Ney Ney disuruh oleh Nora membaca doa makan dan doa sebelum tidur. Ney Ney dapat membaca kedua-dua doa tersebut dengan lancar dan dengan betul sebutannya. Yang menariknya, Nora turut menyuruh Ney Ney membaca sekali lagi sekiranya sebutan bacaan itu tidak jelas.
Melalui kapsyen Nora pada posting tersebut, Nora ada mengatakan yang Ney Ney akan berusia 3 tahun tidak lama lagi. Ney Ney sekarang tidak mahu tidur lagi bersama dengan Nora dan suaminya Nedim. Ney Ney memilih untuk tidur bersama abangnya Raqyal.
Ketika Nora bertanyakan soalan samada Ney Ney mahu tidur dengannya. Ney Ney meneruskan tidurnya bersama Rayqal. Nora juga mengucapkan selamat malam dan mengatakan sayangnya kepada Ney Ney. Ney Ney membal4s perkataan yang sama dan kemudian meminta Nora menutup lampu sebelum dia meneruskan tidurnya.
Sama-sama kita tonton video di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk menonton video seterusnya.. )
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut laman Instagam memuji Ney Ney yang bukan saja comel tetapi juga sangat bijak. Ada jua yang turut mendoakan kesihatan dan kejayaan buat Ney Ney. Antara komen-komen yang dit1nggalkan :
” Alahai comelnye.. Mcm anak sy jgk nora.. Siap ajak abah die cepat tdo.. Alhamdulillah.. bijak sgt anak awak nora.. “
” He is too cute dan sangat bijak.. To cute to handle.. turn off the light.. Pndai meng4rah.. Cute sgt2.. Moment sgt ni.. “
” Cutenya mummy pls turn off the light.. Alololo…comelnya dan bijak neyney pastu nmpk manja je dgn abgnya rayqa.. “
” Pandai neneyy baca doa.. So cute.. Dia punya mulut bc doa tdo munc0ng2.. Baca dh lancar dh last skli lain bunyi hahahha good boy.. “
” Cute overl0ad.. Ala pandainye dia.. So good boy neneyy.. semoga neneyy sihat n berjaya suatu hari nnti .. Amin.. “
” Lama tak nampak, dah besaq.. ok dh bujang dah anak mummy ni.. cepat nya tgk neyney membesar eh.. Goodnight Neney.. comey sgt..ger4m nengoknya.. “
” Terbaik.. Syukur alhamdullilah.. Always bijak la neyney ni.. Cute sgt ms bc doa mkn.. Ger4mnya la hahaha.. Moga jd anak sholeh.. “
Memang nampak bijak Ney Ney walaupun belum berusia 3 tahun. Pastinya Nora sangat bangga melihat perkembangan Ney Ney. Bukan mudah melihat kanak-kanak sebaya Ney Ney bercakap dengan lancar apatah lagi membaca doa seperti yang dilakukan oleh Ney Ney. Syabas buat Nora dan Nedim kerana didikan yang diberikan kepada anaknya itu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Nora Danish
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Mula ada rasa tu di perjumpaan yang ke berapa ? ” – Chiwan
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” First time tengok bacheloratte diisi dengan usrah. Ni baru betul kahwin kerana Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Senyum je Mama tengok YB Saddiq panggil Bella ‘Sayang’. Lembut je YB panggil Bella tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen