Artis / Selebriti
” Besarnya rumah korang, rezeki Rina ni.. ” – Netizen

Ryzal Ibrahim Dan Maryam You Narae Kongsi Video Rumah Baru Mereka. Wahh Besar Betul Rumah Baru Pasangan Durian Kimchi Ni. Walaupun Tengah Renovate, Nampak Cantik !!
Sudah pasti ramai yang mengenali personaliti media sosial dan juga Youtuber, Maryam You Narae dan Ryzal Ibrahim ini. Ada sahaja perkongsian tentang pasangan ini menjadi perhatian ramai. Lebih-lebih lagi, kini mereka baru sahaja bergelar ibu bapa.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Ryzal, dia telah berkongsi satu video yang memaparkan Ryzal bersama Maryam telah pergi meninjau ke rumah baru mereka. Difahamkan, pada minggu hadapan pasangan ini akan berpindah ke rumah baru itu.
Kelihatan dalam video tersebut, rumah bakal didiami oleh pasangan ini mempunyai tiga tingkat dan masih dalam pengubahsuaiannya lagi. Kongsi Ryzal, rumah tersebut turut dijadikan ruang pejabatnya di bahagian tingkat atas.
Malah Ryzal juga berkongsi cerita bahawa rumah itu hanya disewa dahulu oleh mereka memandangkan harga rumah tersebut sangat mahal dan mereka baru sahaja pulang menetap di Malaysia. Selain itu, Ryzal turut berkongsi sedikit gambaran untuk deco rumah baru mereka.
Tonton perkongsian video tersebut di bawah ini :
https://www.instagram.com/p/CWKy5dHp-lE/
Perkongsian video oleh Ryzal itu telah mencur1 perhatian ramai. Ramai memuji rumah baru Ryzal dan Maryam kelihatan besar dan cantik. Antara komen-komen menarik adalah :
” Besarnya rumah korang, alhamdulillah rezeki baby Rina. Semoga segala urusan Ryzal dan Maryam dipermudahkan.. “
” Cantiknya, nampak macam area rumah pelakon Norman Hakim ja ni. Wow memang besar lah rumah.. “
Β ” Luasnya rumah, cantik lah wlupn tengah renovate lagi. Sempat ke tu nak pindah minggu depan., takpe ada rezeki nanti boleh beli.. “
” Mesti nanti deco cantik. Ruang semua bahagian boleh dikatakan luas. Tahniah Ryzal dan Maryam, cantik rumah ni.. “
” Comel Maryam, datang tengok rumah baru, take careΒ turun tangga tu. Bilik Rina pun besar juga lah, tak sabar nak tggk daddy dan mummy deco bilik Rina.. “
” Wow siap ada bilik untuk helper lagi.Β Alhamdulillah, ni lah dikatakan rezeki anak, dari rumah sedang2, ke rumah tiga tingkat.. “
” Rumah macam, the penthouse kdrama tu. Nanti pas siap deco, jangan lupa share video, nak tengok.. “
Wah besar betul rumah ni, siap boleh parking kereta 4 biji. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak berharap semoga segala urusan Ryzal dan Maryam untuk berpindah ke rumah baru mereka pada minggu hadapan akan dipermudahkan.
Silakan SHARE..
Sumber : IGΒ Ryzal Ibrahim, Maryam You Narae
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..
-
Viral7 days ago
” Sedih dan pilu sangat-sangat. Air mata aku berderai-derai tengok mak dia peluk bantal arwah tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Makin besar family Ashraf Muslim. Simple je nama anak, tak perlu pelik-pelik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Adui lirik Dijah, terbahak aku ketawa. Mak siapa lah Dijah sebut tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Alooo sweetnya, sampai berulang kali tengok. Caring betul Abang Long pada Kak Long.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Tahniah Elisya. Uniknya nama baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Selalu tengok ayu, tiba-tiba jerit macam tu berdekah weh. Hilang terus keayuan Mira, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Eja lain, bunyi lain. Rina ikut dialog Pendekar Bujang Lapok ke ni, lucu haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Alhamdulillah bagus jawapan Fattah, profesional tiada berdendam.. ” – Komen Netizen