Artis / Selebriti
” Berseri-seri, cantiknya Killa. Happy tengok Killa dah dapat kebahagiaan yang Killa cari.. ” – Netizen
Perkongsian Ramona Zamzam Ketika Di Majlis Pernikahan Shakilla Khoriri Raih Perhatian Ramai. Wah Dah Selamat Bergelar Isteri. Sama Cantik Sama Padan, Tahniah Shakilla !!
Semalam tular di media sosial mengenai desas desus mengenai pelakon Shakilla Khoriri yang dikatakan bakal berkahwin sekali lagi. Tidak dinyatakan di mana dan bila, namun majlisnya bakal diadakan secara tertutup pada hari Sabtu, itu sahaja info yang diketahui.
Hari ini, sebagaimana berita yang tular, Shakilla akhirnya sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya. Meninjau akaun Instagram Ramona Zamzam, telah dikongsikan sekeping gambar Ramona bersama Shakilla di atas pelamin. Shakilla tampil cantik dan berseri-seri dalam busana pengantin berwarna putih.
Turut sama berada di sisi Shakilla adalah anak kesayangannya, Ameena Sofia. Ameena juga memakai baju sedondon berwarna putih sama seperti umminya itu. Ungkap Ramona di ruangan kapsyennya mendoakan agar Shakilla beroleh segala kebahagiaan dan dia menyayangi Shakilla serta Ameena.

Dapat juga dilihat menerusi Instastory bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada yang turut diundang sebagai tetamu wajah suami Shakilla yang dikenali sebagai Fariz. Cerah dan tinggi orangnya, sama cantik sama padan, bagai pinang dibelah dua.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian oleh Ramona ini sehingga kini telah pun meraih lebih 12 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Lawanya Killa, tak makeup cantik, makeup bertambah-tambah cantiknya. Tahniah dan selamat pengantin baru, moga berbahagia selalu.. ”
” Shakillakhoriri awak cantik sangat.. tahniah dik.. semoga kekal hingga ke pintu syurga.. selamat pengantin baru.. ”
” Sumpahh sis, u cantik giler, selamat pengantin baru sis.. Semoga kebahagiaan milik u dan ameena sis.. love both of u.. ”
” Shakillakhoriri semoga dipermudahkan dan saling bahagia membahagiakan till hujung nyawa bersama2 ngan Ameena sekali.. ”
” Lawanya pengantin, makeup let0p.. Alhamdulillah. semoga jadi isteri yg baik dan saling menyayangi selalu. cantik sangat ni.. ”
” Berseri-seri, cantiknya Killa.. Happy tengok Killa dah dapat kebahagiaan yang Killa cari.. Tahniah Killa.. ”
” Naik seri pengantin sangat-sangat Shakilla. Alhamdulillah tahniah.. saya doakan killa dan suami berkekalaNkan sampai ke akhir nyawa.. selamat pengantin baru.. ”

Alhamdulillah, Allah aturkan yang terbaik untuk Shakilla dan Ameena. Semoga ikatan perkahwinan yang telah dimeterai ini memberikan Shakilla kebahagiaan yang diingini, gembira selalu dan berkekalan sehingga ke akhir nyawa. Selamat pengantin baru Shakilla dan Fariz.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ramona Zamzam, IG Shushukrii, IG Meloditv3
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Thank you YB clearkan gosip berkeliaran sehari dua ni. I know YB Saddiq will backup Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Tak sangka selunak ni suara Yosh, tone dia unik ala-ala Ning Baizura.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Berdekah ketawa tengok Matin. Memang natural bakat seni menurun dari daddy.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Padu teruk gabungan Umai dengan Hafiz. Lunak suara, dua dua ada masterpiece.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Menyempat lagi yer Kak Lina kita buat kelakar. Last tu memang berdekah dengar.. ” -Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tak boleh suap-suap macam tu. Kak Ina tak tegur ke ? Kak Ina tegur.. ” – Ina Naim
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kenapa nak marah-marah saya. Jodoh saya, jodoh saya lah. Itu bukan urusan anda semua.. ” – Fazura
-
Artis / Selebriti3 days ago” Seganas ganas babah, redho je kena goreng dengan anak ehh, haha.. ” – Komen Netizen




