Viral
” Berikutan penularan beberapa video dan gambar berkaitan dengan kes Zara, kami ingin membuat kenyataan berikut.. ” – Peguam
Kenyataan rasmi peguam berikutan penularan video dan gambar berkaitan kes arwah Zara Qairina yang dikatakan dimasukkan ke dalam mesin basuh. Semoga ada keadilan buat adik Zara..
Banyak spekulasi yang timbul sejak pemergian adik Zara Qairina 3 minggu yang lalu. Isu semakin merumitkan kerana banyak kisah yang bertebaran di media sosial yang tidak diketahui kesahihannya. Semalam tular satu video live daripada seorang wanita yang menceritakan mengenai Zara dimasukkan ke dalam mesin basuh.
Wanita ini juga banyak menjawab soalan viewers yang menonton sesi live pada ketika itu. Menerusi perkongsian di akaun Facebook Marhamah Rosli, telah dikongsikan satu kenyataan media rasmi daripada pihak peguam yang mewakili ibu Zara. Penjelasan ini bagi merungkai semua kekeliruan yang terjadi.
Isu wanita live itu segala yang diceritakan hanyalah spekulasi wanita itu sahaja dan ianya tidak pernah langsung memberikan maklumat seperti itu kepada umum. Peguam juga menegaskan mengenai kesalahan berkongsi gambar dan nama-nama suspek pelajar sekolah yang disebut-sebut dalam banyak posting.

Segala penyebaran yang telah dibuat diminta untuk dipadamkan kerana ianya menambah kesedihan ibu Zara. Untuk semua yang ada maklumat berkaitan kes Zara ini diharapkan tampil dan menyalurkan maklumat tersebut kepada pihak polis.
Jom baca perkongsian di bawah :



Pelbagai reaksi diberikan oleh warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Sebaiknya mana2 yg ada maklumat tepat, bagi terus kpd peguam mak arwah. Allahuakbar. Yg x pasti tu jgn la kongsi. Kami tunggu berita yg betul je utk keadilan pd zara.. “
” Bnyk betul yg mengambil kesempatan utk meraih viewers dgn menyebarkan maklumat yg tidak diketahui sumber & kesahihannya. Sedih.. Teruskan tekanan kongsi dan viralkan. TKasih Rakyat Marhaen.. “
” Ramai petik ‘mesin basuh’ untk buat kontent.. jgn sampai kena saman gaizzz.. makan x habisss… wakil mangsa belum bersuara korang dh buat andaian terlibat dahuulu.. “
” Ok faham, ini adalah reminder dan bukan satu bentuk penafian. So guys kita boleh berhati-hati lepas ni, tapi jangan stop korek sampai lubang cacing.. “
” Orang2 buat cerita ni hanya menambah kesedihan pada keluarga mangsa.. langsung tidak bertanggungjawab.. Semoga semua terungkap..bergegar sudah semua itu pelaku2.. “
” Content creator yang hanya ambil kesempatan terhadap kes arwah adik Zara. Tak pasti jangan kongsi.. Bila la dapat update tindakan yg telah d ambil kes arwah zara.. “
” Yang berani buat video2 spekulasi dan tulisan2 spekulasi ni bah, boleh ka kita laporkan diorang pg polis? Kalau boleh, macam mana caranya ? Semakin tiada d ambil tindakan, macam semakin teruk pula spekulasi ni jadi.. “
Moga dengan kenyataan rasmi ini orang ramai boleh bertenang dari terus membuat spekulasi yang merumitkan keadaan dan suasana. Pastinya pihak berkuasa sedang bertungkus lumus untuk menyiasat kes Zara ini. Sama-sama kita mendoakan agar keadilan dapat ditegakkan untuk arwah Zara Qairina.

Silakan SHARE..
Sumber : Facebook Marhamah Rosli
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti2 days ago” Thank you YB clearkan gosip berkeliaran sehari dua ni. I know YB Saddiq will backup Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Berdekah ketawa tengok Matin. Memang natural bakat seni menurun dari daddy.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Talented lah Ayash, pandai nyanyi ikut tempo. Lagu evergreen tu Ayash, power lah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Menyempat lagi yer Kak Lina kita buat kelakar. Last tu memang berdekah dengar.. ” -Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Padu teruk gabungan Umai dengan Hafiz. Lunak suara, dua dua ada masterpiece.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kenapa nak marah-marah saya. Jodoh saya, jodoh saya lah. Itu bukan urusan anda semua.. ” – Fazura
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mak dia pun sampai keluar air mata ketawa tengok Amayan, kita lagi lah berdekah.. ” – Komen Netizen


