Artis / Selebriti
” Berdekah dengar jawapan Farha bagi, terkejut Ilham dengar, haha.. ” – Komen Netizen

Video pengantin baru, Nor Fahatul Fairuzah dan suaminya, Ilham Amri bercerita mengenai first impression ketika mereka mula berjumpa buat ramai terhibur. Terkejut Ilham dengar jawapan Farha. Sampai istighfar Ilham dibuatnya, haha..
Umum mengetahui pada hari sabtu lalu, pendakwah dan juga juara qariah Tilawah al-Quran Antarabangsa 2019, iaitu Nor Farhatul Fairuzah Panut telah selamat bergelar isteri dengan jejaka pilihan hatinya, Mohammad Ilham Amri dengan sekali lafaz.
Perkongsian khabar gembira ini disambut dengan baik oleh warganet. Ramai yang mengatakan Farha dan Ilham sebagai pasangan yang sama cantik dan sama padan. Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik bt.weddings, telah dikongsikan satu video temubual bersama pengantin baru ini.
Menerusi video itu, ada beberapa soalan telah ditanya dan antaranya adalah first impression Farha dan Ilham ketika mereka berjumpa. Dengan seloroh dan spontan, Farha berkata dia melihat Ilham sebagai seorang yang ‘poyo’ . Mendengar jawapan yang diberikan oleh isteri tersayang, Ilham agak terkejut dan terus ketawa.
Manakala jawapan yang diberikan oleh Ilham pula adalah Farha seorang yang ‘biasa’ sahaja. Mendengar jawapan tersebut, terus Farha memberikan reaksi merajuk. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Sehingga kini, video temubual ini menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai video temubual bersama pengantin baru ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Berdekah dengar jawapan Farha bagi, terkejut Ilham dengar, haha.. Ambik lah bumi ni korang, kami pindah ke planet lain.. “
” Mohon respect kami yg belum kawin ni.. Murung kami tau, hehehehe.. Dengan ini saya pindah pluto dulu ye geng, bye Assalamualaikum.. “
” Biasa je la” laki2 mmg gitu, aku takmo tanya first impression kt laki aku sbb aku tahu akan dpt jawapan ni, nnti aku ngamuk, haha semua biasa bg dia.. “
” Nampak sgt anak bongsu.. Farha gelak.. Comel n manja.. Gelak lg Farha.. Banyak kali kite rpt part gelak tu, hahaha.. “
” Aku lak sengih2 bila Farha gelak ms ckp poyo. Tak pernah tau aku gelak tgk psgn kawin ni. Sllnya nyampah je tgk, haha.. “
” Dia cakap poyo boleh, kena biasa je merajuk pulak eh HAHAHAHAHA selamat bercinta selepas nikah both of you.. “
” Pengantin 2024 of the year.. Suka betul tengok pasangan ni, nampak serasi dan sepadan sangat.. Semoga kekal sampai jannah.. “
Reaksi Ilham yang terkejut dengan jawapan Farha mencuit hati ramai. Sampai beristighfar Ilham mendengar jawapan isterinya. Selain itu, ramai yang turut mendoakan semoga pengantin baru ini terus kekal bahagia dan hubungan rumahtangga mereka akan kekal sehingga ke syurga.
Silakan SHARE..
Sumber : IG bt. weddings
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti17 hours ago
” Matured answers, transparent dan telus. Budak ni luar biasa, beradab macam Tokti dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Bagus Mira ni takde nak overshadow. Dia buat the best untuk anak Fattah. Auntie Mira sweet.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Tergelak time Hadie tunjuk gambar tu. Dato’ AC duk bahan dia, sekali dia bahan Dato’ AC balik, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Manja eh Ernie ni, siap pak dengan mak sedara panggil panggilan macam tu, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Sampai ke hati weh dengar suara Hadie tanpa muzik ni. Lagi tangkap sayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago
” Clumsynya Amira, 10 kali ulang tetap berdekah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sebab Thalita ? Adil kah untuk yang lain ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Allahuakbar kesiannya, sakitnya hati dengar. Sampai macam tu kena buli.. ” – Komen Netizen