Artis / Selebriti
” Baru tahu diorang berdua ni hyper macam ni, haha. Hanif tu memang tak sangka.. ” – Komen Netizen
Video Anzalna Nasir Live Bersama Suaminya, Hanif Zaki Buat Warganet Tak Kering Gusi Ketawa. Pak Lawak Juga Hanif Ni Rupanya. Ingatkan Serious Orangnya, Tapi Lagi Masuk Air Daripada Anzalna. Berdekah Gelak Dari Awal Sampai Akhir, Haha !!
Bukan selalu dapat melihat Anzalna Nasir membuat live di Tiktok bersama suaminya, Hanif Zaki. Pasangan ini dikatakan oleh warganet sebagai pasangan sama cantik dan sama padan. Hanif berhidung mancung dan segak orangnya, manakala Anzalna pula cantik jelita.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Milahbunga, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan perbualan Anzalna bersama Hanif ketika live. Pasangan ini mengimbau kenangan perkenalan mereka dahulu. Ketika itu, belum adanya lagi teknologi dan cara berkomunikasi seperti Whatsapp, yang ada cuma ruangan chatting MSN dan Yahoo Messenger.
Hanif dan Anzalna tidak berhenti ketawa sambil bercerita. Akui Anzalna, wajah Hanif ketika di ruangan chatting kelihatan biasa sahaja tetapi apabila berjumpa secara berdepan, ternyata ketampanan Hanif membuatkan Anzalna memuji dalam diam. Mereka sama sekolah, tetapi berbeza kelas dan akhirnya menjadi suami isteri.

Banyak lagi yang diceritakan oleh pasangan ini dan kata Hanif, Anzalna garang dan suka membebel. Kelakar juga melihat Anzalna bergurau dengan Hanif. Sempat Anzalna ‘membuli’ Hanif kerana ingin meninggalkannya membuat live sendirian. Live suami isteri yang paling meriah dengan gelak ketawa.
Jom tonton video di bawah :
@milahbunga Replying to @CikLynn lawa & kelakar ! Husband dia pun kelakar weyh HAHAHA ! ✨🥳😫🤣#fyppppppppppppppppppppppp #fypdongggggggg #foryoupageofficiall #foryourpage #foryou #anzalna #anzalnanasir #lucu #kelakar @Anzalna Nasir
♬ Comedy Scenes – Comical, stupid, odd, lovely (Drumless)(1441321) – Ponetto
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Kelakar rupanya Hanif ni.. kelakar sangat, tak henti kita ketawa. memang sesuai lah dua ni jadi suami isteri.. ”
” Gelak je lah kerja 2 ketul ni.. kelakar betul Hanif, bukan setakat sekepala dengan Anzalna, lagi parah masuk airnya.. ”
” Tak kering gusi, sekali gelak sama la macam adik dia haha. Auto gelak eh walaupun tak tau ape dia ckp.. ”
” Baru tahu diorang berdua ni hyper macam ni haha.. Lawak dorang ni, aku pulak berabis ketawa.. ”
” Cakap sikit ketawa, cakap sikit ketawa. Memang happy go lucky lah couple ni.. Hanif tu memang tak sangka. Muka sombong, belagak tapi kelakar sebenarnya.. ”
” Msn tu kalau sekarang macam Whatsapp la tapi dulu ada YM, MSN, Skype .. comel lah mak ayah Eidrees Emirhan ni.. masuk air.. ”
” Dah la dua-dua helok, sama cantik sama padan. perangai kelakar blur pulak tu. penat tau ketawa dengar drang berdua ni.. ”
Siapa sangka, di sebalik wajah tegas dan serius Hanif itu rupanya sisi lain Hanif seorang yang kelakar. Perangai Hanif dan Anzalna juga memang sama, mudah terhibur dan suka ketawa. Sesuai sangat lah menjadi pasangan hidup, tentu rumah pasangan ini riuh rendah dengan ketawa mereka berdua.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Milah & Bunga
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti6 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ya Allah, kenapa bijak sangat ni Lala. Menekan sungguh ye headvoice tu, haha.. ” – Komen Netizen

