Viral
” Baru nampak ayah dan ibu Nurly menangis. Mereka lepaskan semuanya yang terbuku dalam hati, sedihnya.. ” – Komen Netizen
Video suasana sebak ketika Dato’ Seri Vida menziarahi pusara arwah Nurly Sahirah (UPSI). Setenang dan sekuat ayah dan ibu Nurly, akhirnya menangis juga mendengar kata-kata DS Vida. Sedih tengok air mata ibu ayah mengalir merindui anak yang telah pergi..
Sebulan telah berlalu sejak peristiwa bas terbalik yang melibatkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Salah seorang mangsa tragedi ini yang menjadi sebutan ramai adalah arwah Nurly Sahirah Azman. Sehingga ke hari ini, masih ramai yang mengambil peluang untuk mengunjungi pusara Nurly.
Usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida juga tidak ketinggalan untuk menziarahi keluarga Nurly dan pusara abadi Nurly. Kehadiran DS Vida disambut dengan baik oleh kedua ibu bapa Nurly yang dipanggil sebagai Kak Yah dan Abang Man oleh DS Vida.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Dato’ Seri Vida Official, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika DS Vida di pusara Nurly. DS Vida yang pernah melalui fasa kehilangan 2 orang anaknya sebelum ini tidak dapat menahan sebak dan menangis.

Kata DS Vida, hanya orang yang pernah melaluinya rasa betapa sakitnya kehilangan anak. Tambah DS Vida lagi, Kak Yah dan Abang Man beruntung kerana dikurniakan bidadari syurga seperti Nurly. Mendengar luahan DS Vida itu, air mata ayah dan ibu Nurly turut sama tumpah di pipi.
Jom tonton video di bawah :
@datoserividaofficial Replying to @Faetinz “Melangkah ke pusara Nurly Syahirah, hati saya kembali luka. Kehilangan anak… tiada bahasa yang mampu gambarkan pedihnya. pergi dalam usia muda, dalam perjuangan mereka sendiri. Dulu saya hilang anak dalam tragedi kebakaran. Hari ini, saya tatap pusara anak orang lain mangsa kemalangan pula. Tapi perasaannya sama… pilu yang menikam. Syahirah, dijemput dalam husnul khatimah. Kita di sini hanya mampu teruskan hidup dengan doa dan redha. Al-Fatihah buat Nurly Syahirah & Dua putera saya 🤲🏻 #datosrivida #nurlyshahirah #nurlysyahirahazman
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 14 ribu tanda suka sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Nampak ayah Arwah sedang menahan sebak….. Alfatihah untuk arwah nurly syahirah semoga Rohnya Dicucuri Rahmat.. “
” Ayah arwah sgt kuat tapi nampak menahan sebak dgn kata² Dato’ vida… even sya sendiri pun mengalir airmata mendengar bait² kata Dato.Sesungguhnya, kata² yg menusuk ke kalbu dan mengalir airmata adalah kata² yg ikhlas.. Wallahualam.. “
” DSV tu pernah merasai hlg dua sekali.. yg pernh merasai je plg memahami.. anak2 hilang mak ayah kita panggil yatim piatu… tp mak ayah hilang anak tiada panggilan… kerana tjada ungkapan yg menggambarkan kesedihan itu.. “
” Baru nampak ayah nurly menangis, sedihnya.. Allah maha besar, Masih terasa sedih kehilangan anak dlm kemalangan.. Al fatihah tuk arwah nurly.. “
” Ayahnya cuba menahan kesedihan tapi tewas jugak.. pastinya hati ayahnya dijentik rasa rindu yang menggunung pada anak syurganya tu.. “
” Ayah arwah tahan sebak sampai herot bibir.. tetap simpan air mata.. tapi tumpah jugak.. hanya Allah yang mengetahui.. tak henti airmata saya keluar.. sakitnya kehilangan anak.. “
” Ni baru betul betul nampak ayah Nurly menangis.. bru nmpk ayh ibu arwah menitis airmata depan dato vida… sblm ni menahan dan simpan jer dlm hati.. terkubur airmata tuu dlm hati.. hrni ayh ibu arwah lepaskn semuanya yg terkubur dlm hati mereka.. “
Kata-kata DS Vida menusuk ke hati dan nalurinya sebagai seorang ibu yang pernah kehilangan anak menambahkan lagi sebak di hati warganet. Semoga arwah anak-anak DS Vida dan arwah Nurly bahagia bermain di taman syurga dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Semoga Allah berikan kekuatan untuk kedua ibu bapa Nurly.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Datoserividaofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedap Merrah nyanyi lagu ni. Macam ni lah bunyinya kalau Dato’ Awie nyanyi lagu Dato’ Jamal, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Fuh masa meremang Aisy tarik part tinggi tu. Memang keturunan nada tinggi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen

