Connect with us

Artis / Selebriti

” Banyak gila belanja sehari, Dato’ Seri Vida boleh tanya lagi cukup ke.. ” – Komen Netizen

Video Cik B meminta duit belanja harian untuk belajar di Spain dengan Dato’ Seri Vida. Wah terkejut dengar jumlah duit yang Cik B nak, banyak betul yer. Part Dato’ Vida suruh Cik B cari boyfriend mat salleh tu kelakar, hehe..

Meninjau ke akaun Tiktok Cikb Havoc, perkongsian sebuah video ketika Cik B dan ibunya, Dato’ Seri Vida berjalan-jalan di sekitar bandar Spain menuju ke tempat belajar Cik B telah meraih perhatian ramai. Antara perkara yang dibualkan ketika dalam perjalanan ialah mengenai duit belanja Cik B.

Menerusi perbualan tersebut, Dato’ Seri Vida akan memberikan Cik B sejumlah 100 euro sehari bersamaan dengan lima ratus ringgit Malaysia. Jumlah itu merupakan permintaan Cik B kerana Cik B ingin merasa duit belanja yang diberikan oleh ibunya setiap hari ke sekolah walaupun Cik B sudah ada duit sendiri.

Apa yang menarik perhatian netizen apabila Dato’ Seri Vida bertanyakan sama ada ia jumlah yang cukup atau pun tidak. Ini kerana jumlah tersebut sudah terlalu banyak buat netizen dan pastinya masih berbaki kerana Cik B hanya berjalan kaki ke kelasnya.

Sempa juga Dato’ Vida menyuruh Cik B mencari teman lelaki mat salleh. Perkongsian video ini telah menerima lebih 57 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ramai merasakan Cik B seorang yang bertuah dengan kehidupannya yang serba mewah namun tetap bersikap merendah diri.

Jom tonton video di bawah :

@cikb_havoc

Cik B pun nak duit belanja dari Mama juga walaupun Cik B ada duit sendiri #tiktokmalaysia #cikb #bossb #dsv #datoserivida #fypシ゚viral #barcelona #barca #spain #tiktokspain #fypシ゚ #onthisday #dinero #euro #fypviral

♬ Vlog ・ Stylish city pop(1275391) – orino

Di ruangan komen, ramai yang terkejut mendengar jumlah duit belanja yang diterima oleh Cik B. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Dato vida never say NO to her daughter/son . even cikb sebenarnya nk test mak dia . tp datovida tk pnh anggap jenaka . siap ckp cukup keeee  aq dok pikiy DV nk ckp ” knp bnyk sngt smpai 100 euro .. “

” Mengalir air mata kemiskinan ku mendengar, 500 sehari cukup ke?? sehari 500 , 3 hari gaji basic. aku ingt 50 sehari.. rupanya 500.. Banyak gila belanja sehari, dsv boleh tanya lagi cukup ke.. “

” Tak byk pun sebenarnya RM500 kat spain tu, 1 kali makan pun kadang dah 20+ euro lebih. Takpelah dia mampu .. Cik B nak merasa duit blnje sklh mcm normal org bljr U.. “

” Dsv pakaii stye tu macam tok aku pakai p taqik lembu dia balik .. cuma beza tok aku buat pakaii kain batik .. 100euro byk.gile.sehari.. “

” Janganlah compare cikb dgn hidup kita. jadikan la inspirasi. semangat. kalau tak kau. biar anak2 kau dpt rasa hidup senang future nnt. semua org ada ujian masing2.. “

” 500 sari dia tnya cukup ke x?ak ni 20rggit sehari pn dh mengalir air mata.. Saya bljr Dulu seminggu 50 pandai ko la hidup Alhamdulillah cik b rezki sehari 500.. “

” Kdg sebak tgk DSV mmg betol2 support anak anak dia A – Z. Cr duit utk anak anak. Ramai org cakap dia show off. Nope. Kalo pdg dr sudut positive, dia adalah strong support system tuk anak anak dia.. “

Semoga pengorbanan yang diberikan oleh Dato’ Seri Vida untuk melihat Cik B berjaya tercapai dan Cik B membuatkan ibunya turut berbangga. Selamat melanjutkan pelajaran buat Cik B dan belajarlah bersungguh-sungguh sehingga berjaya ke menara gading.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Cikbhavoc

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT