Connect with us

Artis / Selebriti

” Baiknya Dr masih nak mention nama Nubhan dan tetap beri penghargaan yang baik pada bekas menantu.. ” – Komen Netizen

Posting ibu Dr Fie Tawfek, Dr Zailah setelah selesai sebutan kes hadanah di mahkamah semalam buat ramai tersentuh. Sebak pula baca kata-kata Dr Zailah buat Nubhan..

Kisah rumah tangga penyanyi Nubhan Ahmad dan isterinya, Dr. Fie Tawfek menjadi perhatian media dan warganet. Tanpa angin dan tanpa ribut, pasangan yang sering dilihat bahagia itu berdepan dengan masalah rumahtangga dan akhirnya Nubhan memfailkan penceraian di Mahkamah Syariah.

Isu hadanah juga dibangkitkan dan Nubhan pada awalnya ingin menuntut hak penjagaan penuh ke atas 3 orang anaknya bersama Dr Fie. Semalam telah berlangsungnya sebutan kes hadanah itu di Mahkamah Syariah Shah Alam dan Nubhan melakukan sesuatu yang di luar jangkaan.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Dr Zailah iaitu ibu kepada Dr Fie, telah dikongsikan beberapa keping gambar Dr Zailah bersama suami dan ahli keluarga yang lain menemani Dr Fie ke mahkamah semalam. Keputusan Nubhan memberikan hak penjagaan penuh kepada Dr Fie melegakan hati ramai pihak.

Warganet juga memuji Nubhan dan Dr Fie kerana kedua-duanya sangat profesional dan bertindak matang. Di ruang kapsyen, Dr Zailah menitipkan ucapan terima kasih kepada saudara mara dan sahabat handai serta warganet yang tidak putus-putus mendoakan untuk anaknya itu. Dr Zailah juga ada menulis sesuatu untuk Nubhan.

Jom baca perkongsian di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Beza org educated menulis.. tetap beri penghargaan yang baik pada bekas menantunya.. Baiknya dr masih nk mention nama nubhan even bukan lagi menantu. May Allah ease everything for you dr.. “

” Punyai ilmu Dan cukup adab…ucapan terima kasih sungguh bermakna walaupun hati terguris kerna sampai bila2 pun kekal mertua Dan menantu.. “

” Penulisan yg baik , tenang dan matang.. moga baik2 utk kamu.. dunia ni byk dugaan.. sy doakn terbaik utk semua org yg baca ni.. “

” Family yang educated tak terburu-buru menghukum. Mereka tahu tak semua cerita perlu ada ‘siapa salah siapa betul’, kadang-kadang cukup dengan memahami dan menyokong.. “

” Amiin3 syukur …semoga dr fie dipermudahkan urusan baik sihat anak2 ..lega dgr keputusan hakim .. amiin3.. “

” Strong support.. insyaallah drfie akan baik² shj dan kelak dikurniakan jodoh yg faham agama & kekal bahagia ke akhir hayat.. “

” Dr fie tawfek kuat dan tenang sebab ada parents yang supporting.. i is xmampu nak jad mom as dr zailah.. alhamdulillah.. bagus kedua2 keluarga ni. buat keputusan dgn bijak. cepat selesai isu mereka . semoga diberkati selalu.. “

” Alhamdulillah.. ape jd skali pun. kita as parents kena buang ego jauh2.bnyk hati perlu kita jaga. exspecially hati ank2. Itu je penguat kita.. “

Alhamdulillah, satu penulisan yang sangat matang dan menenangkan jiwa daripada Dr Zailah. Tidak hairan lah Dr Fie ada perwatakan yang tenang kerana ibu dan ayahnya juga begitu. Semoga segala yang baik-baik untuk Dr Fie dan anak-anak dan semoga Dr Fie dan Nubhan boleh menjadi co-parenting partner yang terbaik demi anak-anak mereka.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dr Zailah 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Biskut Durian Viral
Handbag Liana by AS

Trending

Copyright © Berita Kopak