Artis / Selebriti
” Al-kisah kain saya hampir terlucut ya masa show.. ” – Sarah Suhairi
Sarah Suhairi kongsi kisah kain hampir terlucut ketika membuat persembahan raih perhatian ramai. Fuhhh patutlah Sarah pegang kain macam tu sambil menyanyi. Nasib baik tak terlucut..
Penyanyi, Sarah Suhairi berkongsi satu kejadian lucu yang berlaku semasa membuat persembahan di Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia baru-baru ini. Dalam gaya bersahaja dan penuh humor, Sarah mendedahkan bahawa kainnya hampir terlucut ketika sedang rancak menghiburkan penonton.
Walaupun berdepan detik cemas dan mencuit hati itu, Sarah tetap profesional mengawal keadaan dan meneruskan persembahan dengan penuh bertenaga. Jika Sarah tidak berkongsi cerita ini, pastinya ramai tidak tahu situasi yang dialui oleh Sarah ketika itu.
Sarah boleh menyanyi seperti biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku. Apabila Sarah berkongsi cerita barulah peminat sedar ketika Sarah cuba menahan kainnya dari terus terlucut dengan memegang kain sambil menyanyi. Sarah juga pada ketika itu menari dan mengoyangkan badannya.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ada juga netizen yang menegur penampilan Sarah yang nampak semakin kurus sehingga menyebabkan kainnya hampir terlucut.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Lamanyaaa tak tgok sarah perform . Rinduuu.. tengah tahan kain pun nyanyi sedap.. Padahal gerak dah habis sopan dah ek .. “
” Ahahah srs la kak sarah BTW one days ada rezeki saya nak samgat2 jumpa kak sarah lagi . nasib baik sedar.. arr ghisau.. “
” Sarahhh.. aarghhh lagu nyawa dan raga rindu zaman bigstage dulu .. Ahahah ya Allah kuyus sgt nii sampai nak lucut kain.. “
” Tapi so syantik.. i love ur song.. Kurus sgt tu sarah.. Hahhahahaha. Serious la weyhh.. Cantik Sarah suhairi.. Cantik bergaya dik Sarah.. “
” Nasib baik profesional Sarah ni… kalau tak beritahu pun orang tak tahu kain tu nak jatuh.. tetap muka ceria jer.. “
” Cantik lah sarah tapi nampak makin slim lah.. lama tak tgk sarah perform live.. saya peminat setia sarah suhairi.. woww.. “
” Tetap professional.. nasib baik sedar.. haha.. kalau tak bahaya.. haha.. barulah penyanyi professional kalau mcm ni.. “
Walau apa pun cabaran yang berlaku di atas pentas, momen seperti inilah yang membuktikan bahawa Sarah Suhairi bukan sahaja berbakat, tetapi juga seorang artis yang prefesional. Tidak mustahil nama Sarah Suhairi akan terus berdiri kukuh sebagai salah satu bintang paling bersinar dalam dunia hiburan Malaysia.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sarahsuhairi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Beliau mengalami beberapa kecederaan akibat.. “- Pengarah Hospital Tapah
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bila dia jatuh, dia tengok macam pintu gerbang. Dia cakap pintu gerbang ni ada 3 lorong.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti3 days ago” Masuk air betul Kepom ni, geram pula kita tengok. Penat tau gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kita layan dia makan Mee Cintan 2 peket, kopi 3 cawan, lepas tu.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti2 days ago” Merinding dengar suara Dekta ni, bayangan ibu sangat. Sumpah sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Habis dibuka yang tak sepatutnya, macam tu je dia spill.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Cantiknya anak Tok Adi, hidung terletak elok.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” YB dah stress, dah tepuk dada. Sekali YB pun terkena prank Didi, haha.. ” – Komen Netizen

