Artis / Selebriti
” Bagusnya, saya salute sangat part yang ni.. ” – Netizen
Norman Hakim Kongsi ‘Me Time‘ Yang Paling Sempurna. Wah Bukan Biasa-Biasa Port Norman Ni. ‘Sarang’ Paling Mahal !!
Siapa tidak kenal aktor bertubuh sasa, Norman Hakim. Bintang utama drama kepolisian Gerak Khas ini antara artis senior yang sudah lama berkecimpung dalam dunia hiburan tanahair. Norman berasal dari negeri Pahang dan kedua ibu bapanya juga masih menetap di Kuantan.
Selain lakonan, Norman juga adalah pengacara bersama Erra Fazira di rancangan temubual Mingguan Wanita. Bekas peserta Hero Remaja ini punya rupa dan karakter tersendiri. Lihat gayanya mengacara pun nampak bersahaja dan santai. Kalau dilihat pada wajahnya ramai yang tidak menyangka usianya sudahpun 44 tahun.
Norman mendirikan rumahtangga bersama Memey Suhaiza. Sehingga kini mereka sudahpun dikurniakan 3 orang anak. Manakala melalui perkahwinan terdahulunya bersama Abby Abadi, beliau turut mendapat 3 orang cahayamata. Kehidupan gembira dan ceria Norman bersama isteri, anak-anak dan bekas isterinya ini sering menjadi tumpuan ramai.

Meninjau akaun Instagram Norman Hakim, telah dikongsikan sekeping gambar bersama cerita ‘me time’ nya. Siapa sangka Norman pun ada ‘me time’ sendiri. Mana lagi destinasi paling syok selain balik rumah mak. Tengok port Norman tidur tu pun seronok je. Anak yang penyayang.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian Norman ini mendapat perhatian daripada netizen. Antara komen-komen mereka :
” Nice share bro norman.. perasaan seorg ank yg bahagia bertemu ayah ibu.. umpama pulang ke ‘sarang’.. yur origin.. “
” Berkat hidup bila kita jaga ibu bapa kita. Rumah tangga bahagia, rezeki melimpah ruah.. “
” Baguss Norman Hakim Nii.. Bini Nyee Pun Bagus Memahami, Bagi Norman Hakim ME Time Untuk Keluarga Nyee Sendiri.. Harus Dicontohi Oleh Isteri2x Yang Diluar Sana.. “
” Ank yg baik pnejuk mata ibu bpa. Alhamdulillah.. “
” Bagusnya.. Sy salute sgt part yg ni. Patut rezeki banyak datang.. “
” Terbaik… Boleh jadi ikutan. moga dpt sebaik2 ganjaran, berkat dan rahmat Allah buat kedua ibubapanya.. “
” Makanan jiwa saya jugak ni bang. Kalau tak jumpa rasa lem4h jiwa. Dend4m rindu tak lepas. nak kja isnin lem4u.. huhu.. “
” Hebat bos. Sarang paling menenangkan. Most quality place untuk ‘me time’ kan. Respect.. “
Bagus dan boleh dicontohi amalan Norman ini. ‘ Me time’ yang sempurna dan dapat gembirakan hati mak ayah. Dapat tambah pahala lagi bila lihat wajah kedua ibu bapa. Apa pun, kami di Berita Kopak berharap agar Norman sentiasa success dalam kerjaya dan gembira selalu bersama keluarga tersayang. Aamin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Norman Hakim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti6 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Aku tak boleh la tengok baby ni. Lebih 10 kali aku ulang tetap berdekah ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedap Merrah nyanyi lagu ni. Macam ni lah bunyinya kalau Dato’ Awie nyanyi lagu Dato’ Jamal, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Fuhhh meremang dengar dia bawa lagu ni. Lain daripada yang lain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia merajuk tapi dia rindu, dia jual mahal tapi dia nak.. ” – Kamal Adli

