Artis / Selebriti
” Baby baru on the way.. ” – Siti Sarah
Siti Sarah Raisuddin Muatnaik Video Momen Indah Ketika Pertama Kali Mengetahui Dirinya Mengandung Lagi Raih Perhatian Peminat. Wah, Tak Sangka Lama Simpan Rahsia Bakal Menimang Cahaya Mata Keempat !!
Penyanyi Siti Sarah Raisuddin kini sedang mengandung anak yang keempat. Sarah telah mengumumkan berita gembira ini kepada umum di akaun Instagram miliknya berserta satu video yang dikongsikan ketika pertama kali dia mengetahui dirinya berbadan dua lagi.
Video yang berdurasi 1 minit 45 saat ini telah meraih lebih 400 ribu tontonan sejak ia dimuatnaik. Sarah sendiri tidak menyangka bahawa dia akan menimang cahaya mata lagi setelah 6 tahun melahirkan cahaya mata ketiga dahulu.
Sarah turut memanjat kesyukuran kerana ini merupakan hadiah paling bermakna dikirimkan Allah untuk mereka sekeluarga. Malah anak-anaknya juga turut gembira apabila mengetahui bakal menerima adik baru.

Sarah mengambil keputusan untuk mengumumkan berita kehamilannya ini selepas merasakan kandungannya sudah cukup kuat dan Sarah memohon doa para peminat agar dirinya sentiasa sihat dalam menjalani tempoh kehamilan.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah dihuj4ni pelbagai ucapan tahniah dan mendoakan semoga Sarah sentiasa sihat dan dipermudahkan urusan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Allah bagi rezeki berlipat kali ganda setelah diuji … Syukur Alhamdulillah. Hebat shuibsepahtu and Sarah. Inspirasi buat ramai yang bermula dari bawah dan terus berjaya. Tahniah tahniah .. proud of you.. “
” Alhamdulillah. Congratulations Sarah n Shuib .. lama aku simpan rahsia mu…. congrats mummy love u take care okay.. “
” Tahniah adik. Akak dah agak tengok posting pegi rumah lama tu. Alhamdulillah tahniah.. Take care.. Doakan sya juga kak sarah teringin tgk suami dn ank sulung sehappy ini smoga Allah berikan sya pluang lg.. “
” Ya Allah congrats babe sebelum beranak nanti baby nak bila makan baksoberanak_kl ni. Terbaik pec4h record keluarga… 4 org yehh… Tahniah.. “
” Alhamdulillah.. Tahniah buat sitisarahraissuddin & shuibsepahtu semoga segalanya dirahmati & diberkati oleh ALLAH SWT. Aamiin Yaa Rabb… “
” Alhamdulillah Tahniah Sarah.. Jaga kesihatan baik2.. Aaminn.. another Baby PKP.. ngeh3. Tahniah Kak Sarah & Bang Shuib.. “
” Alhamdulillah dan tahniah sarah shuib doa jugak utk sy jugak agar dpt zuriat. tahniah sarah moga dipermudahkan urusan.. “
Kami di Berita Kopak juga mengucapkan tahniah buat Sarah dan Shuib atas kurniaan rezeki untuk menimang cahaya mata lagi. Semoga Sarah sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dipermudahkan sepanjang menjalani tempoh mengandung sehingga bersalin nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Siti Sarah Raisuddin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak kuat tengok kak Amyza macam ni. Sedih tengok adik peluk kain selimut arwah abang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” AllahuAkbar sedap sangat suaranya. Sedihnya lagu dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Eh korang nak pergi mana ? Tunggulah Papa.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti2 days ago” Lagu ni dah cukup sedih, arwah nyanyi bertambah sedih. Lagu peninggalan arwah sebagai kenangan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Semalam pertama Ramadhan seisi keluarga berbuka di rumah DS Tengku Zawyah dan DS Rayyan.. ” – DS Siti Nurhaliza
-
Artis / Selebriti6 days ago” Appa boleh, kakak boleh, kenapa Omma je tak boleh ? ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ikhlas dan redhanya dia, padahal dia pun Allah uji dengan kanser.. ” – Komen Netizen

