Connect with us

Artis / Selebriti

” Ayash suka betul dengan lagu arwah ibu, pandai dia nyanyi.. ” – Komen Netizen

Video Ayash Affan menyanyikan lagu Jangan Kau Mimpi nyanyian asal arwah ibunya, Siti Sarah Raissuddin raih perhatian ramai. Alahai, comelnya suara Ayash menyanyi, pandai betul dia ikut rentak lagu tu.. 

Umum mengetahui bahawa penyanyi terkenal, arwah Siti Sarah Raissuddin telah meninggalkan anak-anak yang masih kecil ketika arwah pergi menghadap Ilahi. Pemergian arwah Siti Sarah 4 tahun yang lalu benar-benar menyentuh hati ramai, lebih-lebih lagi apabila mengenangkan arwah tidak sempat menatap wajah anak bongsunya yang ketika itu baru lahir.

Kini, anak bongsu arwah yang diberi nama Ayash Affan sudah pun membesar dengan penuh kasih sayang dan telah pun berusia empat tahun. Setiap perkongsian melibatkan Ayash sama ada gambar mahupun video yang dimuatnaik di akaun Instagram pasti akan mencuri perhatian serta mengundang reaksi warganet.

Terbaharu, meninjau di akaun Instagram milik Shuib, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan telatah comel Ayash bersama kakaknya, Thalita. Menerusi video tersebut, Thalita dilihat sedang berlatih menyanyi, manakala Ayash setia berada di sisi kakaknya itu.

Apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah apabila Ayash menyanyikan lagu nyanyian arwah ibunya yang berjudul Jangan Kau Mimpi. Nyanyian polos Ayash itu ternyata membuatkan ramai yang tersentuh dan sebak, apatah lagi apabila lagu tersebut sinonim dengan arwah Siti Sarah.

Tonton video di bawah ini :

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Ayash suka betul dengan lagu arwah ibu, pandai dia nyanyi..  Suara Thalita semakin mantap dan merdu.. Moga Dekta terus sukses ya.. “

” Alaaaa comelnya dia nyanyi lagu ibu… Membesar dgn sihat Ayash, jadi anak soleh yer sayang.. Kaki makin power.. “

” Harap nanti ada show thalita duet dgn anak Dato’ Jamal abdillah lagu sandarkan pada kenangan.. Mesti meletupppppp… Siti Sarah & Dato’ Jamal Abdillah 2.0.. “

” Ayash dah boleh nyanyi lagu Ibu. Cerdik sungguh. Thalita suara makin padu dan semakin cantik.. Cute je 2 beradik ni.. “

” Hehe.. Sempat lagi Dekta lap mic kat baju Ayash.. Yalah mesti ada air liur adik tu. Comel la dua bradik ni. Dekta semakin mantap suaranya.. “

” Suara Deqta lama² dgr mcm suara arwah ibu … Suara bila dh matang ni sebiji suara ibu ni… Al-Fatihah untuk arwah Siti Sarah.. “

” Pandai dia dgr muzik tu.. Lagu tu seperti sebati dgn Ayash.. Ayash anak cerdik, pintar & bijaksana, penghibur hati semua..  Pandai Thalita jaga adik dia.. “

Selain itu, ada juga yang memuji nyanyian Thalita yang dilihat semakin hari semakin baik dan turut menitipkan doa buat arwah Siti Sarah serta mendoakan agar Ayash terus membesar dengan sihat, bahagia dan sentiasa berada dalam lindungan-Nya.

Silakan SHARE..

Sumber : shuibsepahtu

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Bag Huntrix

Trending

Copyright © Berita Kopak