Artis / Selebriti
” Aww aku dah agak dah. Nikflix eh, haha. Congrats Bella.. ” – Komen Netizen
Kongsi Gambar Poster Unik, Cara Nabila Razali Umum Berita Gembira Hamil Anak Pertama Raih Perhatian Ramai. Wah Dah Besar Dah Rupanya Baby Bump Bella , Tak Boleh Sorok Lagi. Tak Lama Lagi Boleh Tengok Nabila Junior, Tahniah Bella !!
Pelantun lagu Peluang Kedua, Nabila Razali antara selebriti yang sering menjadi perhatian ramai. Nabila atau mesra dengan sapaan Bella menikahi jejaka bernama Nik Iruwan pada 18 November 2023 yang lalu. Perkahwinan mereka pada ketika itu mendapat perhatian ramai.
Menerusi perkongsian terbaru Nabila di akaun Instagramnya, telah dimuatnaik sekeping gambar poster yang menarik dan unik. Gambar ini disunting seperti poster filem dan isinya memaklumkan mengenai kehamilan cahayamata pertamanya bersama Nik Iruwan.
Perkongsian oleh Nabila ini telah pun meraih lebih 10 ribu tanda suka sejak ianya dikongsikan. Benarlah ura-ura yang bertebaran sebelum ini mengatakan Nabila sedang hamil, namun tidak ada pengesahan baik daripada Nabila mahu pun Nik Iruwan pada ketika itu.

Nabila turut mengatakan cahayamata sulungnya ini bakal dilahirkan pada bulan Januari 2025. Wah hanya berbaki 3 bulan sahaja lagi dan ini bermakna Nabila sekarang sudahpun di trimester ketiga kehamilannya. Tentu Nabila dan Nik Iruwan tidak sabar untuk menanti anak mereka lahir,
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian oleh Nabila ini mendapat ucapan tahniah daripada warganet dan juga rakan artis yang lain. Antara komen-komen yang diberikakan oleh mereka :
” Dah agak dah hehehe.. Congrats kakak so happy for you.. Nikflix eh haha.. Alhamdulillah.. semoga semuanya dipermudahkan..”
” Nikflix pun boleh lah.. congratulations Nabila dan suami.. tak sabarnya nak tengok Nabila junior.. “
” Alhamdulillah , enjoy the pregnancy journey Bella. Semoga sihat selalu , tak sakit sakit badan dan senang je nak deliver nanti.. “
” Awwwww awww aku dah agak dah.. Haha comel gila.. Congrats lovee.. comel sangat poster tu.. “
” Congratulations babe.. Yayyy welcome to parenthood.. Macam ni jugak senang, orang dah perasan baby bump, terus umum. Supaya org boleh doakan yg terbaik. Dipermudahkan urusan.. “
” 2 kali terserempak pasal sama appointment date, dengan doc yang sama hehe.. sekarang nak teka gender pulak.. “
” Dah agak dah.. congrats Nabila Razali.. so happy for you.. Semoga semua urusan Bella dipermudahkan sehingga bersalin nanti.. “
” Alhamdulillah Ya Allah sihatknlh bella dn prmudhknlh sgala urusannya dn suami..sihatknlh bby dlm kadungan bella..aamiinn 2 Ya Rab.. “
Alhamdulillah tahniah Nabila dan Nik Iruwan atas berita gembira ini. Semakin comel Nabila apabila hamil, jelas nampak seri ibu mengandung. Kami di Berita Kopak mendoakan agar segala urusan Nabila sepanjang kehamilan sehingga bersalin nanti dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Nabila Razali, IG Mstar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Akhirnya, Jep mention Shuib. Tiba rasa bergetar bila dia sebut nama Shuib. Sungguh aku rindu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Finally Bella sendiri beritahu apa isi sampul envelope putih YB Saddiq tu. Kan betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Tapi in real life saya takkan lepaskan pada orang lain eih.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti2 days ago” Padahal dia lagi muda dari Neelofa tapi kematangan PU Riz tu, MashaAllah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Meminta sangat Mr E ni eh. Rasa-rasa tidur luar tak lepas buat statement tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku bayar mahal-mahal pergi salon, Erra juga dapat nama.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Congrats Ayda for the 3rd baby. Cantiknya nama baby Ayda.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” I like your mum’s song.. ” – Azzahra Jiwa

