Artis / Selebriti
” Atuk ikut je arahan.. ” – Dato’ Seri Ismail Sabri
Kongsi Gambar Sambutan Ulangtahun Kelahiran Cucunya Jeanelle Nika Mandagie, Kapsyen Dan Penampilan Dato’ Seri Ismail Sabri Buat Ramai Terhibur. Alahai Sporting Betul Atok !!
Tanggal 1 November semalam merupakan hari ulangtahun kelahiran yang ke 3 buat cahayamata pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie, Jeanelle Nika Mandagie. Sering digelar model oleh Jovian, Jeanelle sering menjadi perhatian peminat dengan wajah comel dan keren4hnya yang menghiburkan.
Jeanelle yang juga merupakan cucu kepada Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Ismail Sabri ini sangat akrab dengan Atoknya ini. Jeanelle pernah mencuit hati ramai penonton dengan telatahnya meng0rek hidung ketika mengikut Atoknya ini bersiaran secara live beberapa bulan yang lalu.
Meninjau akaun Istagram Dato’ Ismail, telah dikongsikan sekeping gambar Dato’ Ismail bersama Jeanelle. Memandangkan semalam ulangtahunnya, Jovian dan Nina telah membuat sambutan hari jadi bertemakan karton animasi Frozen untuk puteri mereka ini.

Dato’ Seri Ismail Sabri juga sempat mencur1 masanya untuk menghadiri majlis cucunya ini. Kelihatan dalam gambar tersebut Jeanelle meletakkan rambut palsu watak Elsa di tepi telinga Dato’ Seri Ismail Sabri. Alahai dengan Atok pun bertukar menjadi Puteri Elsa dek kerana melayan cucu tersayang.
Jom baca perkongsian di bawah :
Di Instagram menantunya Jovian Mandagie juga turut sama dikongsikan gambar yang serupa. Alahai layankan sahajalah Atoknya. Comel sangat tengok Atok dan cucu ni.
Perkongsian Dato’ Ismail ini menarik perhatian netizen. Kalau dengan cucu, pasti atok tak akan mampu men0lak. Comel pulak Jeanelle sambungkan rambut Elsa di kepala atoknya itu. Antara komen-komen :
” Loving Atok, comel je Atok jadi Elsa hahah so cute. Tak pe janji cucu atuk Gembira Kalau atok ikut arahan.. “
” Kat luar atok b0sss tapi dengan cucu , cucu is the queen. big b0ss tu walaupun kecik, tapi ada kuasa vet0.. “
” Terbaik pak Long, atok yang penyayang lagi berjiwa Mulia. Atuk mmg kalah dgn cucu. Sesuai plak rambut warna rambut atuk dgn rambut elsa…bijak cucunya.. “
” Hahaha… atuk redha je ye.. olaf tu masih blh diterima… princess Elsa tuuuu, comel sangat atok dan cucu ni.. “
” Nasib la atuk.. dekat opis ktorg yg kene ikut ar4han atuk.kat umah atuk pulak yg kene ikut ar4han cucu, hehe.. “
” Nasib baik atok masih kuat boleh jadi olaf hihihi. Sesekali atuk layan cucu… Semoga sentiasa diberikan kesihatan yg baik untuk atok dan keluarga.. Aamiin.. “
” Haha demi cucu, comel Atok jadi rupa camtu. Atok is redha and so sporting hahaha. Atuk pun kalo dah name pun cucu memang kal4h, buat p la apa pun tak penah mar4h kan. So sweet.. “

Demi untuk cucu tersayang, jadi Elsa pun’redha’ yer Dato Seri kan asalkan melayan permintaan Jeanelle di harijadinya. Pastinya Jeanelle orang paling gembira dengan sambutan ulangtahun yang ceria dan ada Atok tersayangnya itu. Apa pun, selamat hari lahir Jeanelle dan semoga sentiasa dirahmati Allah serta membesar menjadi anak yang solehah. Aamin

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ismail Sabri, IG Jovian Mandagie
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Baiknya Dr masih nak mention nama Nubhan dan tetap beri penghargaan yang baik pada bekas menantu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mama ayah ingat Myra just video call untuk wish Happy Anniversary.. ” – Amyra Rosli
-
Artis / Selebriti4 days ago” Yosh punya tone sangat sedap. Perghh, silap-silap boleh menyanyi dekat pentas AJL.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nampak muka Fattah merah padam. Lupa la tu tengah live. Sweet sangat ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Berdekah aku dengar jawapan Spacedollah. Jawapan Bella memang brilliant.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kedua dua side, baik Mawi ataupun Ina matang dalam menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Dia supermarketkan rumah kita wak. Tak pernah tak buat hal Beatrice.. ” – Sheila Rusly
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Awak nak jadi Jamilah ke nak jadi Kak Tipah.. ” – Que Haidar


