Artis / Selebriti
” Amboi pandai betul kembar ni tengok, macam faham, bijaknya.. “- Netizen

Video Dr Sheikh Muszaphar Menunjukkan Anak Kembarnya Belajar Dengan Menggunakan ‘Flashcards’. Alahai Comel Tengok Kembar Ni Belajar Bersama Bapa Mereka !!
Sejak mengumumkan bahawa isterinya sekali lagi hamil anak kembar, hinggalah bayi kembar tersebut dilahirkan, akaun Instagram angkasawan pertama negara, Dr Sheikh Muszaphar sering mendapat perhatian warga netizen yang mahu mengikuti perkembangan bayi kembarnya.
Meninjau di akaun Instagram Dr Sheikh Muszaphar telah berkongsi satu video terbaru yang yang merakamkan dirinya mengunakan ‘flashcards’ dalam pembelajaran kepada anak kembarnya iaitu Sheikh Eusoff dan Sophea Emilia yang kini telah pun berusia 2 bulan lebih.
Dalam masa itu juga, Dr Sheikh Muszaphar turut berkongsi tips terbaik buat ibu bapa di luar sana yang ingin mencuba pembelajaran menggunakan ‘flashcards’ kepada anak-anak mereka. Salah satu tips adalah masa yang terbaik melakukan ‘flashcards’ tersebut adalah selepas bayi diberikan makan kerana ketika itu bayi merasa selesa.
Malah kongsi Dr Sheikh Muszaphar lagi, pembelajaran ‘flashcards’ tersebut hanya bertahan selamat 1 hingga 2 minit pada 3 kali sehari. Menurut Dr Sheikh Muszaphar idea penggunaan ini adalah untuk memberikan daya ingatan kepada bayi.
Tonton perkongsian video oleh Dr Sheikh Muszaphar di bawah ini :
Di ruangan komen pula, ramai yang teruja akan perkongsian video oleh Dr Sheikh Muszaphar dan suka melihat reaksi anak kembar Dr Sheikh Muszaphar ketika pembelajaran ‘flashcards’ dilakukan. Antara komen-komen warga netizen adalah :
” Adorable how Eusoff’s and Emelia’s expressions are like that in this sh0t, too cute. Congratulations Dr. and Dr Halina.. “
” I think u sould need to open your own kindergarten or day care , it that very suitable for you, hihi, loving, caring n suka melayan kids.. “
” Amboi pandai betul kembar ni tengok, macam faham, bijak. Tq dr atas perkongsian, insyaallah akan dipratik Dkan, sangat menarik.. “
” Comel lah kembar ni,tengok seolah seperti mereka juga turut memahami apa yang disampaikan oleh papa mereka.. “
” Wahhh the twins enjoying Pdpr in their own ways, dulu ada tengok video Dr Sheikh buat flashcards dengan Noah dan Adam juga.. “
” So cute lah tengok kembar ni, semoga kalian menjadi anak yang soleh dan solehah buat kedua ibu bapa mu ya sayang.. “
” Patut lah anak-anak Dr semua bijak-bijak, kecil-kecil lagi dah diajar mcm ni, sangat menarik, boleh dicuba oleh parents kt luar sana.. “
Menarik perkongsian kali ini oleh Dr Sheikh Muszaphar kepada umum. Malah jangan tak tahu, Dr Sheikh Muszaphar juga tidak l0kek berkongsi pendapat dan menjawab pelbagai soalan oleh warga netizen pada postingnya. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak berharap dengan perkongsian daripada Syeikh Muszaphar ini dapat bermanfaat buat ibu bapa di luar sana.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Dr Sheikh Muszaphar Shukor
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” InshaAllah, nanti Allah gantikan yang lain. Belum rezeki dia untuk bersama kita.. ” – Ibu Shuib
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Wah Lisa, bukan main. Dia mesti ingat tak ada orang perhatikan dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Adui lirik Dijah, terbahak aku ketawa. Mak siapa lah Dijah sebut tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tahniah Elisya. Uniknya nama baby.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Sedih dan pilu sangat-sangat. Air mata aku berderai-derai tengok mak dia peluk bantal arwah tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Eja lain, bunyi lain. Rina ikut dialog Pendekar Bujang Lapok ke ni, lucu haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy.. ” – Watie Hanifiah