Artis / Selebriti
” AllahuAkhbar, indah aturan Dia. Sedihnya tengok video ni, dua-dua dah tak ada.. ” – Komen Netizen
Ainina Ahmad B kongsi video arwah Nadia Kesumawati bersama arwah anaknya, Nur Ara Elisya buat ramai tersentuh. Baiknya cara Nadia menyantuni Elisya, Allah lebih sayangkan kedua-duanya..
Berita pemergian aktres Nadia Kesumawati menjadi topik hangat pada hari ini. Nadia yang mengerjakan ibadah umrah dilaporkan hilang ketika menanti penerbangan ke London di lapangan terbang Jeddah. Kehilangannya akhirnya terjawab apabila Nadia disahkan mening gal dunia di Jeddah kerana se rangan jantung.
Ramai di kalangan rakan artis yang bersahabat baik dan pernah bergandingan bersama Nadia meluahkan rasa sedih mereka atas pemergian Nadia ini. Salah seorang yang akrab dengan Nadia iaitu pelakon, Ainina Ahmad B turut berkongsikan sesuatu mengenai Nadia.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Ainina Ahmad B, telah dikongsikan satu video throwback ketika Nadia bertemu dengan arwah anak Ainina, Nur Ara Elisya. Pada pertemuan mereka itu, Nadia menghadiahkan sebentuk cincin kepada Elisya.

Elisya kelihatan sangat gembira dengan pemberian oleh Nadia itu. Nadia juga mengucup pipi Elisya dan keikhlasannya melayani Elisya jelas kelihatan. Tulis Ainina di ruang kapsyen, patut lah dia berasa sedih melihat cincin ini kelmarin, rupa-rupanya petanda Nadia sudah pergi buat selama-lamanya.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Dua-dua dah tak ada, ya Allah sedihnya.. Al-fatihah untuk kedua-duanya, moga tenang di sana.. Innalillahiwaiinahilaihirojiun Allahummagfirlaha Warhamha Waafiia Wagfuanha.. “
” Allahuakhbar. Indah aturan Dia. Sedihnya tengok video ni.. Two beautiful souls.. bidadari syurga.. alfatihah buat keduanya.. Semoga tenang disana.. “
” Aduh sedihnya akak. terasa sangat kehilangan tu.. Ya Allah… rahmatilah kedua-dua mereka. Aamiin.. “
” Baiknya arwah menyantuni anak syurga Ainina.. syurga buatmu kak Nadia Kesuma.. Al-fatihah di baca.. semoga arwah di tempatkan di kalangan orang beriman.. “
” Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah” dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. “
” Al-Fatihah buat keduanya. Tak sangka ada gambar dengan mereka dalam simpanan saya. Innalillahiwainnailaihirojiun slm tkziah .. mati itu pasti ..inshaAllah syurga menanti buat kedua2 arwah.. “
” Al Fatihah buat arwah nadia kesuma.. mungkin kini arwah sudah berjumpa anak syurga kak ainina di sana. kedua duanya dah di syurga firdausi.. “
Kenangan yang indah antara Nadia Kesuma dan anak syurga Ainina. Allah sudah mengaturkan yang terbaik untuk Nadia Kesuma dan semoga keluarga arwah akan tabah dan redha dengan ketentuan Allah itu. Semoga Nadia Kesuma ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Aininarich_official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ngakak tengok perangai dorang ni. Sekufu, sesudu dan segarfu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sakitnya tu sampai di sini. Sebak hati tengok dia datang kubur panggil nama anaknya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tak boleh tahan aku, bila dengar part lirik ‘sayu hati ini’. Menangis weh.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tak kan Elisya boleh request, i tak boleh request. Pilih kasih lah you ma.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kan dah kena sembur, padu dan mantap lah. Marah orang sabar lagi menakutkan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dah macam wiper Saga lama dah Mirul, cramp perut aku ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku ni berapa kali ulang nak tengok baby bump. Berseri-seri Mira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sakit sangat sangat tengok dan baca kapsyen kak Myza. Menangis teresak-esak saya.. ” – Komen Netizen

