Connect with us

Artis / Selebriti

” Alhamdulillah bertemu semula Ina dan Mawi setelah kian lama. Mahal gambar ni.. ” – Komen Netizen

Mawi kongsi gambar terbaru bersama Ina Naim, suami dan anaknya, Hadie Elfardie curi perhatian ramai. Wah akhirnya dapat tengok Mawi dan Ina dalam satu frame. Terbaik lah ucapan Mawi untuk Ina tu. Ini baru betul World.. 

Kisahpertunangan yang terlerai antara Mawi Asmawi atau popular dengan jolokan Mawi World bersama Ina Naim sekitar tahun 2006 lalu antara kisah gempar yang menjadi perbualan ramai. Selepas episod luka itu, Mawi dan Ina masing-masing membawa haluan sendiri dan tidak pernah lagi disatukan dalam apa-apa program.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Cahaya Asmawi, telah dikongsikan sekeping gambar terbaru yang memaparkan Mawi bersama Ina Naim, suami Ina, Mohd Khairul dan anak sulung Ina, Hadie Elfardie. Ini adalah gambar yang cukup bermakna.

Tiada sengketa antara Mawi dan Ina malahan sebelum ini juga, mereka pernah menegaskan hubungan antara mereka baik-baik sahaja. Melihat gambar ini, warganet memuji sikap Mawi dan Ina yang profesional. Mawi dan Ina contoh yang terbaik kepada orang ramai.

Mawi juga sempat menitipkan satu ucapan khas untuk Ina dan memberitahu ucapan itu baru sahaja boleh diucapkan setelah bertahun-tahun. Bak komen warganet, Mawi dan Ina sudah berdamai dengan takdir dan diberikan bahagia oleh Allah dengan pasangan sendiri.

Jom baca perkongsian di bawah :

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 12 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Bila dua2 berlapang dada dan berhati suci in sha Allah hanya yg baik2 mengiringi…. ni bru betol worlddddd.. bagus mawi dan ina, tak bermusuhan.. “

” MasyaAllah..Alhamdulillah… happynya tngok mcmni… hadi ngn mawi pun dah mcm member2.. masing2 sudah ada kehidupan yg membahagiakan.. semoga Allah beri yg baik2 saja utk mereka.. “

” Mahal gambar ni.. alhamdulillah mawi dan ina memang contoh terbaik untuk semua.. tak ada jodoh, mana tahu kot kot jadi besan hehe.. “

” Akhirnya… Alhamdulilah.. Saling berbaik.. Lama dah kami tunggu saat ini.. gambar yang dinanti-nantikan oleh semua lepas berbelas-belas tahun.. “

” Masya Allah. Mahal gambar ni. Barakallahu Fikum.. positif vibes.. Alhamdulillah bertemu semula Ina dan Mawi setelah kian lma..masing2 dh move on…tapi masing2 mcm JD sahabat yg baik… alhamdulillah.. “

” Berdamai dgn takdir dan berbaik2, bermaafan, melupakan yg keruh dan redha adalah perkara yg akan buat kita menyesal, malu di kemudian hari jika kita tidak buat awal2 lagi..bila dah lepas.lega dia umpama dpt anugerah dari Illahi.. “

” Masing masing berdamai dengan takdir.. selain awie dan erra, ni contoh yang baik jugak.. Jodoh pertemuan rahsia Allah.. moga Allah merahmati kalian semua.. “

Moment yang dinanti-nantikan oleh peminat Mawi dan Ina untuk melihat mereka dalam satu frame. Allah sebaik-baik perancang dan segalanya yang jadi dulu ada hikmahnya. Semoga Mawi dan Ina terus bahagia dengan kehidupan masing-masing.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Cahayaasmawi , IG Hadie Elfardie  

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

G2G Foundation

Trending

Copyright © Berita Kopak