Artis / Selebriti
” Alhamdulilah boy looks like Noah, yang girl like Tasha, so cute.. ” – Netizen

Wajah Bayi Kembar Baru Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Dan Datin Dr Halina Raih Perhatian Ramai. Alahai Comelnya, Muka Nampak Sama Macam Abang Dan Kakak Sangat Ni !!
Tarikh 20.11.2020 menjadi detik manis bagi angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan pasangannya Datin Dr Halina Mohd Yunos yang baru sahaja dikurniakan sepasang bayi kembar secara pembed4han. Pada perkongsian terdahulu, Dr Sheikh ada berceritakan tentang kondisi Dr Halina dan bayi dalam kandungan yang perlu dibed4h dengan segera.
Umum mengetahui, Dr Sheikh sudahpun mempunyai 2 orang anak perempuan dan sepasang anak kembar lelaki. Tasha, Bella, Adam dan Noah adalah anak-anak yang ceria dan sering menunjukkan prestasi yang baik dalam pelajaran dan kelakuan mereka.
Meninjau akaun Instagram Dr Sheikh Muszaphar, telah dikongsikan sekeping gambarnya bersama bayi kembar yang baru sahaja dilahirkan ini. Kembar lelaki dibalut dengan kain berwarna biru manakala kembar perempuan menggunakan kain berwarna merah jambu.
Turut bercerita sedikit tentang waktu kelahiran bayi kembarnya ini yang hanya berselang seminit antara satu sama lain, gambaran wajah mereka juga dicoretkan Dr Sheikh dalam kapsyennya ini. Wah gabungan wajah kakak-kakak dan abang-abang pastinya akan membuatkan mereka sekeluarga bertambah meriah selepas ini.
Jom baca perkongsian di bawah :
Dr Halina juga dilihat berkongsikan gambar terkininya bersama bayi kembarnya ini dan turut menyatakan tidak sabar untuk melihat reaksi Tasha, Bella, Adam dan Noah apabila melihat adik mereka ini. Tentunya kec0h nanti dengan berbagai reaksi anak-anak yang sudah setia menanti di rumah.
Perkongsian ini meraih perhatian dan dibanj1ri ucapan tahniah daripada netizen. Ramai yang mengatakan rupa kembar baru yang nampak sama seperti kakak dan abang mereka. Antara komen-komen mereka :
” Alhamdulilah boy looks like Noah… yg girl like Tasha… Tahniah. So cute, Congrats doctor. We love them already.. “
” Mini Tasha pink wrap, tak sabar nak tengok reaction tasha bila tengok nanti. Mesti happy tengok little brother and sister ni.. “
” Congrats doctor, I do pray for your smooth delvery. Alhamdulillah , the pink one look like tasya.. and both so cute.. “
” Masha Allah is that Tasha. Rupa sama sangat macam photostat terus. Muka Noah pun ada kat situ, ee comel. Tahniah doc. Rest well.. “
” Alhamdulilah syukur Congrats Dr Halina & Dr Muzafar. i can see tasha’s face, Also noah face there. Exactly same like sister and brother.. “
” Dua2 baby putih melepak.. ikut kulit abg adam.. yg girl hidung mancung rasanya. nampak macam muka dr syeikh.. muka noah nie.. betulllah dr s kata masa scan nampak baby mancung.. “
” Alhamdulilah mini tasha and noah in the pink wrap. Semoga jadi anak-anak yang soleh dan solehah. Selamat berpantang untuk Dr. Halina.. “
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar sebagaimana perancangan. Pastinya kakak dan abang akan melompat gembira melihat Dr Halina bersama bayi kembar comel ini pulang ke rumah nanti. Semoga Dr Halina cepat sembuh dan kedua-dua bayi ini membesar dengan sihat. Tahniah dan selamat berpant4ng Dr Halina.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Dr Sheikh Muszaphar Shukor, IG Dr Halina Mohd Yunos
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Selalu Nabil yang suka menyakat Tok Ram. Kali ni, Tok Ram pula menyakat anak Nabil, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Sekali mee goreng tu boleh pula terbang dekat leher Kepom. Mengekek gelak, haha.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Masa ni sedih sangat. Dengar Hadie baca pun kita dah nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 hour ago
” First time tengok bacheloratte diisi dengan usrah. Ni baru betul kahwin kerana Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Wei aku sedih dengar Hadie backup mak dia. Educated betul cara dia cakap.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Tidak logik orang yang mahu bun0h diri akan mahu bergayut dahulu.. ” – Mona Din
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Gedik-gedik dia menari tu menjadi, sebijik gedik Sarah. Tak semput suara, syok tengok.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Abang yang tengah taip ni ke.. ” – Dato’ Seri Siti Nurhaliza