Artis / Selebriti
” Alamak twin ni dah macam cakap Korea dah haha.. ” – Netizen
Video Zizie Izette Mengajar Anak-Anaknya Membaca Niat Puasa Di Bulan Ramadhan Buat Ramai Orang Terhibur. Alahai.. Gelagat Si Kembar, Aadam Dan Aaleph Comel Sangat !!
Zizie Izette sering digambarkan sebagai seorang ibu yang sangat penyayang terhadap anak-anaknya. Beliau sering berkongsi video cara beliau mendidik anak-anaknya di rumah. Walaupun beliau mempunyai pembantu namun tidak semua diserahkan kepada pembantu terutamanya dalam urusan mendidik anak-anak.
Zizie mempunyai lima orang anak di mana dua daripadanya merupakan anak angkat. Beliau telah mengambil anak angkat sebelum memiliki anak sendiri lagi. Namun kasih sayang antara anak angkat dan anak kandung tetap diberi sama rata.
Nama anak-anak Zizie ialah Naila Nurjenna, Aaric Zayn Izette, Aadam Zac Izette, Aaleph Zeke Izette dan yang paling bongsu Aalisa Belle Izette . Gelagat anak-anak beliau sering mencur1 perhatian netizen kerana kecomelan dan gelagat anak-anaknya yang sangat mencuit hati.

Menerusi akaun Instagram, Zizie berkongsi video anak-anaknya iaitu Jenna, Aaric, Aadam dan Aaleph diajar membaca niat puasa di bulan Ramadhan. Zizie mengajar anak-anaknya untuk cuba berpuasa separuh hari dahulu. Gelagat adik-beradik ini comel sangat.
Jom tonton video di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk menonton video seterusnya.. )
https://www.instagram.com/p/B_U2CT6FKAq/
Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat anak-anak Zizie membaca niat puasa. Antara komen-komen mereka :
” Alamak twin ni dah mcm ckp korea dah hah.. muka dah korea sgt ni.. “
” Kelakar twins. Sorg gelak tutup mulut sorg geleng kepala.. “
” Hahahaaa So cute semua.. suka tengok karenah dia org.. trhibur hati sb sya xde ank kecik.. semua dah besar pnjang.. “
” Yg last tu tp cumilnya yaa Allah. xtaw aadm ke aaleph.. “
” Alahai comel nyer gelagat anak2 u. Well done.. “
” Ya Allah jennaaa kenapa hg comel sgt hahahahaha.. “
” So clever smua.. Jenna okay comel, aaric mlu2 kucing, Aadam pling lawak , Aaliff tenungan mta tu mcm x puas hti smoga fmily zizieizette dlm lindungan Allah swt… “
Bagus sangat Zizie mengajar mereka sejak kecil lagi untuk cuba berpuasa. Walaupun tidak mampu sepenuh hari namun separuh hari pun boleh bagi melatih mereka biasa untuk berpuasa apabila sudah besar sedikit. Selamat berpuasa kepada Zizie sekeluarga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Zizie Izette by Berita Kopak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti3 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aihh, dah kahwin pun pasrah lagi.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kakak Sarah dah besar macam ibu. Hampir tak kenal.. ” – Komen Netizen

