Artis / Selebriti
” Aku yang nangis dengar Dollah cakap. AllahuAkbar.. ” – Netizen

Video Terbaru Adik Abdullah Ketika Pulang Dari Sekolah Meruntun Hati Warganet. Part Dollah Beritahu Dia Nangis Di Sekolah Tu Sedih Sangat. Terus Kuat Dollah !!
3 bulan telah berlalu sejak wargamaya dikejutkan dengan berita pemergian 6 beranak sekitar pada bulan September yang lalu. Hanya Abdur Rahman dan adiknya, Abdullah yang masih hidup dan meneruskan kehidupan mereka tanpa adanya insan bergelar ibu dan ayah.
Perkembangan Abdullah atau Dollah diikuti oleh ramai warganet dan saban hari ada sahaja video Dollah dikongsikan. Dollah sudah semakin sihat dan kembali bersekolah untuk meneruskan pengajiannya dalam mendalami ilmu agama dan menjadi seorang penghafaz Al-Quran.
Meninjau akaun Tiktok Farah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan reaksi Dollah ketika pulang dari sekolah. Dollah kelihatan sedang berjalan keluar dari kelas dan berjalan ke arah Ibu Saudaranya, Mak Ila yang berada di koridor bangunan sekolahnya itu.
Menyedari dirinya dirakam, Dollah memberitahu dirinya tadi menangis ketika berada di dalam kelas. Apabila ditanya mengapa, jawapan Dollah menyentuh hati warganet. Dollah terfikirkan arwah ibunya, itu yang keluar daripada mulut Dollah. Rindunya Dollah pada arwah ibu yang tak pernah hilang.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :
@p4wahhh bukan tidak ikhlas , tapi rindu itu mengatasi 🥺 akak doakan adik adik akak semua dalam keadaan baik-baik dan dibawah lindungan Allah sentiasa 😢🤲🏻
♬ Air mata ibu dato siti nurhaliza – Shah izzam ➴͜͡T.E RESOURCES
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 31 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Nampak dollah laju jln sbb nk pegang bdk yg lompat2 tu.. dia pernah menjadi seorang abang.. dia sekarang menumpang kasih pada adik adik sepupu lain yg dia ada.. tu anak mak ila, duha.. ”
” Dollah ank yg kuat… tp aku yg xkuat tiap kli tgk dollah.. rindu yg paling sakit rndu pd org yg telah tiada, kuat ye dollah.. ”
” Aku x boleh tgk dollah nie.. dlm fikiran dollah sentiasa ingatkan ibu, takkan pernah luput dlm fikiran. Allahu nak.. ”
” Memanglah air mata akan mengalir tanpa dipaksa apabila terkenangkan ibu tercinta.. vtt ni mendidik kita yg masih punyai ibu untuk belajar menghargai.. ”
” Part dollah cakap terfikir ibu terus sebak terasa di dada.. Sya pun ikut nngis. sakit nye rindu seorang ibu. saye rindu arwah ibu sya.. ”
” “Terfikir ibu”. dikk. akak taktau mcmmana nanti hidup akak kalau tanpa ibu disisi, akak tak mampu jd kuat mcm awk dik.biarla akk yg pegi dlu.. ”
” Acik yang nangis dengar Dollah cakap.. AllahuAkbar mne mungkin dia lupa.. Anak yg baik. doakan ibumu sentiasa. kami mendoakanmu anak x igt ibu dia.. ”
” Smoga adik dollah baik2 je ye.. N smoga kluarga yg mjaga dollah ni sntiasa d murah kan rzki dan dbrikn kesabaran dn tdk jemu mdengar luahan dollah.. ”
Hanya Allah yang tahu segala dalam hati dan perasaan Dollah. Walaupun Dollah mengukir senyuman, jauh di lubuk hatinya rasa rindu yang mendalam untuk ibu. Semoga Allah sentiasa merahmati Dollah dan diberikan kesihatan yang baik selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : Tik Tok Farah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Mula ada rasa tu di perjumpaan yang ke berapa ? ” – Chiwan
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” First time tengok bacheloratte diisi dengan usrah. Ni baru betul kahwin kerana Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen