Connect with us

Artis / Selebriti

” Aku rasa buruk weh, macam mana I nak naik atas pentas ni.. ” – KJ

Video Khairy Jamaluddin Berkongsi Pengalaman Pertama Kali Ke Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35 Buat Ramai Terhibur. Part KJ Cerita Terserempak Dengan Fattah Amin Tu Memang Kelakar. Berdekah Fafau, Johan Dan AG Gelak Dengar Cerita KJ, Haha !!

Malam Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 baru-baru ini bukan sahaja fesyen artis-artis di red carpet menjadi perhatian, malah ramai yang menanti untuk melihat penampilan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin atau mesra dengan panggilan KJ yang kini bergelar penyampai radio Hot FM hadir ke majlis tersebut.

Hal ini kerana ianya merupakan kali pertama KJ menghadiri majlis seperti itu dan KJ juga menggalas tanggungjawab sebagai penyampai trofi. Terbaru meninjau di akaun Instagram radio Hot FM telah berkongsi video yang memaparkan KJ berkongsi cerita pengalamannya hadir ke ABPBH35.

Pada awalnya, KJ mengatakan ketika dirinya tiba ke majlis tersebut, orang pertama yang dilihatnya adalah pelakon Fattah Amin. Akui KJ, Fattah Amin merupakan seorang pelakon lelaki yang kacak sehinggakan KJ merasakan penampilan dirinya terlalu ‘buruk’ .

Melihat ramai pelakon-pelakon lelaki yang kacak ketika di ABPBH35, KJ terus rasa dirinya ‘insecure‘ berada di majlis tersebut. Pengakuan oleh KJ itu telah membuat rakan-rakan sekerjanya yang mendengar iaitu Fafau, Johan dan AG terus berdekah ketawa.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka terhibur dengan perkongsian oleh KJ. Antara komen-komen warganet adalah :

” Sebab dlu chief dikelilingi warga purba chief, tu yg tgk Fattah Amin teruja tu, hahahaa aku dengar dalam kereta tadi tak berhenti ketawa tau.. “

” Member slame ni dkt parlimen dia plg herlok… Skali pg abph alamak insecure terus, hahahahaha lawak betul lah KJ oiii.. “

” Member selama ni duk bersidang je… Ni tiba² ke dunia hiburan, lari jauh betul bidang weh.. Mahunya tak insecure.. “

” Tp mlm tu tak dinafikan, masa camera fokus kt Fattah mmg nampak hensem btol dia.. Org lain nampak biasa. Dia paling terserlah dlm tv.. “

” Lawak giler part ni tadi, berdekah.. Kalau boleh, min letak lah full version, sampai part Meerqeen td tu, lagi lawak weh smpai kita yang dengar pun semput ketawa.. “

” Hahaha.. Artis2 tu nampak mcm biasa. Bila tgk depan2 mmg dorg ada aura. Tgk dlm tv biasa, bila depan2 natural n bersihnyaaaa muka.. Mmg lain aura dia.. “

” Fuhhyooo KJ puji Fattah handsome.. Tapi KJ pun handsome juga, lain orang lain handsomenya.. Aura dia pun lain, hehe.. “

Ramai yang terhibur mendengar pengalaman KJ ke ABPBH kali ini. Ialah kan lain bidang pula tu, mahunya tak rasa lain. Terbaik lah KJ, letak lah ke mana pun, KJ memang pandai menyesuaikan diri. Apa-apa pun semoga KJ akan terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburinya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG hotfm976

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT