Connect with us

Artis / Selebriti

” Aku nangis dengar suara Thalita yang ni. Part ‘sampai saat ini’ tu sebijik macam ibu awak Thalita.. ” – Komen Netizen “

Video terbaru Thalita menyanyi lagu hits arwah ibunya, Semakin buat warganet terpegun. Wah suara Thalita lepas belajar dengan Ajai memang mantap. Sebijik macam suara arwah Siti Sarah. Kalau tak tengok video, memang ingat video arwah yang menyanyi..

Berbaki berapa hari sahaja lagi Thalita akan menjayakan Konsert By Ajai & Friends di Singapura. Thalita kini sedang giat berlatih untuk memantapkan lagi vokal dan teknik nyanyiannya. Shuib seperti biasa sentiasa menemani Thalita dan mereka membuat live Tiktok bersama.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Supriseeverydayy, telah dikongsikan satu video yang memaparkan nyanyian terbaru Thalita. Terdapat permintaan daripada viewers meminta untuk mendengar Thalita mendendangkan salah satu lagu popular Siti Sarah berjudul Semakin.

Mendengar nyanyian Thalita kali ini nyata berbeza dengan nyanyiannya sebelum ini. Selepas Thalita bertemu Ajai, banyak yang diajar oleh Ajai kepada Thalita. Anak dara Siti Sarah ini sedang mempraktikkan semua yang diajari oleh komposer terkenal itu.

Suara Thalita kedengaran sangat sama dengan suara Siti Sarah. Bak kata warganet, jika mendengar video ini sambil memejamkan mata, pasti akan merasakan itu adalah suara Siti Sarah. Lenggok suara Thalita itu memang ibu sangat. Seakan roh ibu memasuki badan Thalita katanya warganet.

Jom tonton video di bawah :

@surpriseeverydayy

Semakin sbijik arwahπŸ₯Ή #alfatihahsitisarahraisudin #semakinsitisarah #talitashuib #fypage

♬ original sound – Indaa suffian – Indaa suffian

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 600 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :

” Bila dapat ke tangan Ajai terus pandai control. Hebat Thalita, memang suara arwah ibu sebijik.. Dah macam roh Sarah masuk dalam badan Thalita.. “

” Suara Thalita dah matang, fly high Thalita.. pengganti arwah Sarah yang tepat.. sedap macam ibu dia, memang sama.. “

” Asal saya nangis yea.. macam suara arwah ibunya tak ada beza.. Allahuakbar sama sangat suara dengan ibu.. “

” Sedapnya suara Thalita, makin sama suara ibu. Suara Sarah wey, terubat rindu Shuib dengar suara arwah.. “

” Ya Allah, suara arwah Sarah sangat ni.. aku nangis dengar suara Thalita yang ni.. Part sampai saat ini tu sebijik macam ibu awak Thalita.. “

” Thalita u did good.. sedap like ibu kami 100 %. Al Fatihah untuk arwah Siti Sarah.. meremang wei dengar.. pejam mata terbayang arwah Sarah.. dalam diri Thalita ada arwah ibunya.. “

” Ya Allah sebijik weii.. setiap kali tengok Thalita mesti air mata akan terkeluar. Confirm banjir semua yang tengok konsert nanti dengar Thalita nyanyi lagu ibu.. “

Selepas Thalita berlatih bersama Ajai, ternyata banyak kemajuan dalam cara Thalita menyanyi dan mengawal tone suaranya itu. Tidak dapat dinafikan suara Thalita menyanyi kali ini memang sebijik sama seperti suara Siti Sarah. Semoga Thalita dapat membuat persembahan yang terbaik dan membanggakan ibu.

 

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Supriseeverydayy

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak