Artis / Selebriti
” Aku memang gagal menahan air mata every time Shuib update yang ada kaitan dengan arwah Sarah.. ” – Komen Netizen
Shuib Sepahtu muatnaik video Thalita menyanyikan lagu arwah Siti Sarah, Cinta Itu Nyawa buat warganet tersentuh. Sedih baca cerita Shuib tentang lagu ni. Dengar suara Thalita lagi bertambah sebak..
Banyak kenangan yang ditinggalkan oleh arwah Siti Sarah Raissuddin sepanjang hayatnya bersama Shuib Sepahtu. Walaupun sudah bertahun Sarah pergi, namun kehilangannya masih tetap dirasai dan rasa rindu itu tidak pernah padam. Kini, satu-satunya anak perempuan Sarah, Thalita meneruskan legasi Sarah dan berazam untuk menjadi penyanyi yang hebat seperti ibunya itu.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Shuib Sepahtu, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Shuib bersama anak-anaknya, Uwais Alqarni dan Thalita sedang jamming bersama salah satu lagu Sarah. Kata Shuib, lagu berjudul Cinta Itu Nyawa direkodkan oleh Sarah sekitar tahun 2011.
Ketika itu Sarah sedang sarat mengandungkan Uwais dan ketika recording, Sarah meletakkan tangannya di atas perut kerana perutnya sudah besar sangat pada waktu itu. Memori itu masih kekal dalam ingatan Shuib sekali pun sudah berbelas tahun berlalu.

Thalita pula menyukai lagu ini dan mengajak Uwais untuk bermain gitar mengiringi nyanyiannya. Suara Thalita pula persis suara Sarah dan ianya mengundang sebak warganet. Suara yang selalu dirindui oleh peminat Sarah kini dapat didengar daripada anaknya pula.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Aku memang gagal menahan air mata everytime shuib update mende yang ada kaitan dgn arwah siti sarah. Al-fatihah, moga Allah tempatkan bersama org beriman. Aamin.. “
” Suara thalita hampir sama suara ibu dia.. aura dia pun kuat macam ibu.. please record balik lagu nii duet dgn Thalita mesti meletop.. “
” X pernah dgr lagu ni tapi tiap Kali dgr dekta nyanyi mesti sebak. Dia nyanyi lagu rancak pun kita sebak dgr inikan pulak lagu2 cmni. Jiwa mak2 kot.. “
” Bila dengar suara Dek Ta hilang rasa rindu dekat Sarah.. moga terus suksess ya Dek Ta.. dekta boleh duet dengan amad lagu ni.. “
” Bila dekta nyanyi kita xrase pon yg ibu tu dh xde… mcm ibu hidop dlm dekta… Best le lagu ni.. Dekta duet dgn daddy mesti best ni.. “
” Suara anak ibu dah sama macam ibu dah.. nangis dengar.. Terus buka youtube.. sebab nak dengar full song.. “
” Touchingnya dengar suara dekta tu, macam dengar Sarah yang nyanyi.. kenangan terindah daddy dengan ibu.. lagu kenangan.. “
Suara Thalita saling tak tumpah seperti suara Sarah dan sedikit sebanyak, ianya mengubati kerinduan peminat terhadap Sarah. Semoga Thalita dapat merakamkan semula lagu ibunya ini pada masa akan datang sebagai kenang-kenangan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shuib Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Melopong CP Sarimah tengok Hadie nyanyi lagu Jamilah. Auto in character jadi sopan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Belum makeup pun dah macam Tokti. Sekali makeup, fuh cantik betul. Tokti versi kurus sikit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Rezeki apabila menjaga hubungn baik sesama adik beradik dan restu ibu. Alhamdulilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Cari nahas sungguh Cikgu Geografi ni. Kak Lina merajuk rumah jiran mana pula kali ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ala comelnya ‘I was sick’. Speaking London Ayash, bijaknya dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Muka tahan tapi suara tak boleh tahan. Sumpah lawak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Kenapa nak malu sangat. Tapi dalam sini ramai orang, asal you tak malu. Yang ni kan anak you.. ” – Eidress
-
Artis / Selebriti2 days ago” Hampir gugur jantung weh, betul prank seram ni. Zizan bagus caring weh.. ” – Komen Netizen


