Artis / Selebriti
” Aku ingat speaker aku pecah tadi. Adeh tokojet den, haha.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Dato’ Seri Vida dan Kacak menonton live Talita busking di Bukit Bintang buat warganet terhibur. Baru nak sedih, tak jadi sedih bila dengar Dato’ Vida nyanyi. Kacak pun gelak, hehe..
Kali pertama membuat persembahan disaksikan seramai lebih 5000 orang penonton, Talita membuktikan dia seorang yang berbakat dan tidak hanya bersandarkan pada nama arwah ibunya, Siti Sarah Raissuddin. Penuh sesak ruangan Bukit Bintang dengan penonton yang ingin memberikan sokongan kepada Talita.
Tidak itu sahaja, sesi live yang berlangsung di akaun media sosial milik Radio Era juga mencapai ratusan ribu views. Usahawan Dato’ Seri Vida adalah salah seorang antara yang mengikuti sesi live Era. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Era, telah dikongsikan reaksi DS Vida ketika melihat Talita menyanyi.
Siapa yang tidak sebak melihat Talita, kuatnya seorang anak yang masih mampu mendendangkan lagu nyanyian arwah ibu tersayang walaupun dalam masa yang sama mengalirkan air mata kerinduan. DS Vida juga turut menyanyi dengan sepenuh hati. Nyanyian DS Vida mencuit hati warganet.

Kacak sendiri tersenyum sahaja mendengar mamanya itu menyanyi. Sedang khusyuk mendengar suara Talita, tiba-tiba sahaja suara DS Vida bertukar tone. Suara kuat dan lantang DS Vida itu mengejutkan yang mendengar. Elok yang tengah sedih, boleh tergelak dengan telatah DS Vida itu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Haha DSV pun kemahen nak terai haha.. Tak jadi aku nak nangis macam ni punya gaya nyanyi.. terkejut aku.. “
” Lah aku ingat suara dia sedap haha.. suara DSV pun mantap.. Adoiii aku tengah nangis terkejut dengar suara DSV.. “
” Ingatkan sejak bila Thalitha dah pecah suara, rupa-rupanya haha.. ramalan ku benar belaka haha.. nasib umai masuk dulu, kalau dsv ada situ dia dah tolong cover dh.. “
” Aku ingat speaker aku pecah tadi. Adehhh tokojet den haha.. Sumpah terkejut, terus tak jadi sedih hahaha.. “
” Fuh elok aku duk layan perasaan nak sedih dengar suara dsv masya Allah, tersedut balik air mata air hingus aku weh.. “
” DSV ni memang penghibur lah.. tahu tahu je aku dah tak larat nak nangis.. dengar suara dsv buat aku tersenyum.. “
” Weh air mata berlumba masuk balik dengar suara dsv ni. saje tau buat suara macam tu padahal suara dia best.. “
Terkejut warganet mendengar lontaran suara DS Vida itu. Bukan tak merdu tetapi mencuit hati dan menghilangkan kesedihan warganet. Apa-apa pun, ini hanyalah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga turut terhibur menonton video perkongsian ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era, IG DSV
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Umur sebaya aku kut, boleh lagi pecut tu. Kalau aku, pancit dah.. ” – Komen Netizen

