Artis / Selebriti
” Afwa, rampas handphone mak. Sorok bawah katil.. ” – Hael Husaini
Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza mengusik ketika Hael Husaini sedang live buat ramai terhibur. Blushing Hael kena usik dengan Tokti. Terus Hael buat-buat nak telefon Afwa. Kelakar betul lah, haha..
Menerusi akaun Tiktok Anistaqwa, perkongsian dua buah video ketika sesi live Hael Husaini telah meraih perhatian ramai. Menerusi sesi live tersebut, Dato’ Seri Siti Nurhaliza telah mengusik Hael dengan memberikan beberapa komen terhadap Hael.
Antaranya Dato’ Seri Siti menyatakan yang dirinya tidak sabar untuk menyanyi di majlis persandingan Hael. Dato’ Seri Siti juga mengusik Hael agar segera mencari pasangan hidup dan mempunyai teman tidur. Respon yang diberikan Hael agak menghiburkan.
Dengan spontan, Hael berlakon menghubungi Afwa iaitu anak kepada Dato’ Seri Siti berpesan supaya menyorokkan telefon pintar ibunya agar tidak boleh memberikan komen lagi dalam sesi live tersebut. Walaupun Hael hanya berpura-pura menghubungi Afwa, reaksi Hael itu cukup menghiburkan.

Perkongsian video ini telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Bukan sahaja Dato’ Seri Siti tidak sabar untuk menyanyi di majlis Hael tetapi para peminat Hael juga pasti tidak sabar untuk melihat Hael bersanding.
Jom tonton video di bawah :
@anistaqwa
@anistaqwa
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Aduh sedapnya yang ini..kenapa la kau salah tarikh hael. Geram pulak aku. sedap gils weh. dengar sekali terus hook.. “
” Kenapa tokiti suka mengusik Hael ya.. Hehehe kelakar ye live tadi…siap ajar cara dptkan blindbox menatang apo ntah.. “
” Ctdk: tak sabar kakiti nak nyanyi masa hael bersanding. member tergamam ek.. Ptut la lagu hael takde. Salah tarikh rupanya.. “
” Tokti masuk live, trus org smua rmai teruja. Aura biduanita.. We need deluxe albumm plzzz!!! Add satu lagu ni extra bonus.. “
” Lagu ni Cara Nyanyi mcm Saloma & klasik Tapi Lagu Irama Traditional tambah Modern Sound. So Jadi lagu Tradisi klasik Modern.. “
” Eh sedap pulk lagu Tu ekh..aduiii…ini klu tokti nyanyi letup gilerr kot.. Bestnya!! Tkde rezeki ek..mana tahu rezeki artis lain pulak tibe2 nyanyi lagu ni. Meletup pulak.. “
” Ni salah satu promosi kot… takkanlah Hael pecah lubang mcm ni… so peminat akan tertunggu2… rasanya ada tambahan bonus track utk fizikal album atau deluxe…. “
Gelagat spontan Dato’ Seri Siti Nurhaliza yang mengusik Hael sepanjang sesi live itu bukan sahaja menghiburkan, malah menunjukkan hubungan akrab antara mereka. Walaupun sekadar gurauan, ia berjaya mencetuskan tawa peminat.

Silakan SHARE..
Sumber : TT Anistaqwa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedap Merrah nyanyi lagu ni. Macam ni lah bunyinya kalau Dato’ Awie nyanyi lagu Dato’ Jamal, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Fuh masa meremang Aisy tarik part tinggi tu. Memang keturunan nada tinggi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen

