Artis / Selebriti
” Adoi Datuk Yusof perform dah molek sangat dah. Yang aku tak tahan tu si Lina kepom tu haha, i like.. ” – Komen Netizen

Video Persembahan Datuk Yusof Haslam Bersama Elly Mazlein Di Kilauan Emas 2024 Buat Ramai Terhibur. Enjoy Datuk Yusof Menyanyi, Merdu Suaranya. Boleh Pulak Kak Lina Menari Macam Robot Kat Sebelah Tu. Function Teruk, Haha !!
Rancangan realiti hiburan, Kilauan Emas 2024 kembali lagi dan kali ini 12 orang peserta akan bersaing untuk merebut gelaran juara. Elly Mazlein atau Kak Lina dipertanggungjawabkan sebagai hos untuk musim ini. Manakala juri masih mengekalkan Erra Fazira dan Dato’ Hattan.
Bangku juri jemputan minggu ini menampilkan pengarah dan producer terkenal, Datuk Yusof Haslam. Meninjau akaun Instagram Media Hiburan, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Datuk Yusof membuat persembahan khas untuk penonton Kilauan Emas.
Lagu Bintang Malam adalah lagu trademark Datuk Yusuf dan malam ini Datuk Yusof menyanyikannya secara live. Suaranya masih tetap maintain sama seperti dahulu dan ramai yang memuji Datuk Yusof semakin berusia semakin handsome. Datuk Yusof kelihatan begitu enjoy dengan persembahannya.
Kak Lina pula sangat pandai memainkan peranannya sebagai penghibur di atas pentas. Seperti biasa, perangai gila-gila Kak Lina menceriakan semua penonton. Dengan tariannya seperti robot itu mengundang gelak ketawa semua. Sesekali Kak Lina menjadi backup singer pula.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ngokngek sokmo doh Elly Mazlein sebab tu aku suka.. Sebenarnya dato happy sangat sbb anaknya dah kembali ke pangkuan keluarga semula.. “
” Dato yusuf ni aku tgk versi Amitabh Bachan.. makin tua.. mkin ensem.. maaf no… aku jujur.. kak lina ni memang penceria suasana.. penat ketawa.. “
” Lina Pom Pom The besttt baru semangat nak tengok kilauan emas.. best lah datuk yusof nyanyi.. macam zaman muda dulu.. “
” Hadoiiii datuk Yusof perform dah molek sangattt dah.. yang aku tak tahan tu si lina kepom tu hahahahahaaa i like.. “
” Nasibla dato yusofhaslam7 tak heran org sebelah dia buat hal.. steady la haha.. terbaik dato.. makin handsome walau pun dah tua.. “
” Comel je gaya Datuk Yusof.. kak lina menari gaya pop yeah yeah lah.. lucu kepom jadi backdrop tepi camtu.. “
” 1st tau lagu ni adalah lagu dato dr jepsepahtu, dr sana terus minat dgn lagu dato.. nampak hati senang datuk.. Kak Lina joget Pak Maun ke tu kak haha.. Terhibur sbb kepom is back , penyeri suasana.. “
Sudah lama tidak menyaksikan Datuk Yusof menyanyi live seperti ini. Biasanya jika ada program tertentu sahaja Datuk Yusof akan memperdengarkan suaranya. Apa-apa pun, otai masih berbisa. Ditambah lagi dengan gelagat Kak Lina yang mencuit hati, gempak lah jadi persembahannya.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Dia tanya, apa khabar. Boleh kah Zara peluk Ustazah, Zara rindu.. ” – Ustazah Zara
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Daddy okey tak kalau mommy follow ? ” – Fazura
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ibu tiri yang patut dicontohi. Bertuah Maryam ada dua ibu yang sentiasa menyayanginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti11 hours ago
” Patut la Ara cakap Syed Saddiq boyfriend dia. Tengok la layanan dia macam mana.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Comel, dia ambil dua-dua muka mak ayah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Kapsyen maknya pun lawak lah. Harap bersabar lah yer Datin, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” She sebak betul sampai bergenang air mata, kita dengar pun sebak juga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 hours ago
” Oh dia dah tak nak tengok sayalah. Saya faham.. ” – YB Syed Saddiq