Artis / Selebriti
” Abang Ajai jangan marah ye. Tokti ni banyak sangat tengok Kak Lina Kepom, haha.. ” – Komen Netizen

Video DS Siti Nurhaliza Menyanyi Lirik Lagu Bermula Dengan Huruf Yang Diberikan Buat Ramai Terhibur. Amboi Tokti, Confident Level Tu Tinggi Betul. Berdekah Penonton Gelak Part Tokti Petik Nama Dan Ajuk Ajai Nyanyi Tu, Haha !!
Banyak moment manis yang tercipta buat penonton yang hadir ke Konsert Siti Nurhaliza Love Is In The Sky semalam. Dato’ Sri Siti Nurhaliza cukup pandai berinteraksi dengan penonton dan persembahan nyanyiannya juga memukau ramai. Ribuan penonton dicatatkan menghadirkan diri ke konsert tersebut.
Meninjau akaun Tik Tok Media Hiburan dan Ahzawufka, telah dimuatnaik video yang menunjukkan DS Siti bermain teka lirik lagu dengan permulaan huruf yang diberikan. Satu demi satu huruf disebut dan DS Siti menjawab dengan yakinnya. Ketika ditanyakan lirik lagu bermula huruf ‘c’, laju sahaja DS Siti mengatakan ianya senang.
Siapa pun tak menduga DS Siti akan menyanyi mengikut cara sebutan Ajai. Kata DS Siti, dia teringat kan lagu itu dan meminta agar Ajai tidak memarahkannya. Tidak hanya meneka lagu, DS Siti juga mendapat challenge untuk match pasangan mengikut pasangan yang betul.
Semakin kuat gelak tawa penonton mendengar jawapan DS Siti dan antaranya ketika DS Siti meneka nama pelakon drama Rosalinda dengan menyebut namanya sebagai Rosalinda Ayamas. Banyak lagi kelucuan DS Siti yang dapat dilihat menerusi perkongsian video ini.
Jom tonton video di bawah:
@ahzawufka 6) Kita Cabar Siti Dengan Cinta Konsert Siti Nurhaliza – Love Is In The Sky – Cinta Di Awan at Arena Of Stars Genting Highland 10 August 2024 @Siti Nurhaliza #sitinurhaliza #loveisinthesky #cintadiawan #arenaofstars #arenaofstarsgentinghighlands
Ribuan tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Banyak sangat ni tengok Kak Lina Kepom ni, haha.. Ini yang dipanggil pengaruh rakan sebaya hehe.. ”
” Lucu la Tokti.. dia punya muncung macam Afwa.. Yang last tu salahkan kak kepom ellymazlein haha.. dia yg bawa virus.. ”
” Abang Ajai jangan marah, haha. Comel lah tokti, sempat lagi dia mengusik Abang Ajai. Terhibur tengok.. ”
” Rosalinda ayamas hahah., confident tokti jawab Hang tuah tu hahah.. paling confiden part huruf ‘c’.. ”
” Comel sangat ni tokti. Yang laju ajai ti terbahak aku ketawa.. Syalahkan ku jangan syalahkan ku.. ”
” Terpaling selamba tokti ni.. orang lain tak berani sebut nama Ajai, tapi tokti main petik je.. ”
” Terhibur betul dengan perangai masuk air tokti ni. Spontan betul dia dengan huruf c tu.. tersedak lah abag Ajai tokti duk sebut-sebut nama.. ”
Boleh tahan kelakar juga DS Siti ini, yakin betul jawapan lagu bermula huruf c itu. Memang terbahak lah semua ketawa mendengar semua jawapan DS Siti itu. Apa-apa pun, bukan hanya penonton di dewan sahaja yang ketawa, yang menonton di media sosial juga turut terhibur dengan perkongsian video ini.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ahzawufka, Tiktok Media Hiburan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Jujur sangat doa tu Amayan. Tak boleh bayangkan kalau Dato’ Vida jadi mak mertua, haha.. ” – Komen Netizen