Artis / Selebriti
” You nampak muka macam tu, you terus hantar surat.. ” – Edry Abdul Halim

Video Edry Abdul Halim kongsi kisah throwback mengenai surat daripada peminat buat ramai terhibur. Sampai peminat boleh tersilap menghantar surat oleh kerana kapsyen daripada surat khabar je. Serius lawak, berdekah dibuatnya, haha..
Meninjau ke akaun Instagram Sinar.my, perkongsian sebuah video ketika sesi podcast bersama kumpulan KRU telah membuatkan ramai terhibur. Menerusi video ini, mereka berkongsi kisah dan pengalaman mereka ketika zaman mula-mula dikenali ramai.
Edry berkongsi mengenai satu kesilapan pada kapsyen dalam sebuah surat khabar ketika memperkenalkan nama mereka. Kesilapannya apabila nama Edry tertukar dengan nama Dato’ Yusry. Disebabkan kesilapan itu, Edry menerima begitu banyak surat daripada peminat.
Dato’ Yusry ketika mudanya sememangnya memiliki rupa paras yang handsome dan membuatkan ramai terpikat. Jadi apabila ramai mengingatkan Edry itu adalah Yusry, maka ramailah peminat mengutuskan surat kepada Edry. Edry pada mulanya menjangkanya surat itu sememangnya untuk dirinya.
Lama kelamaan apabila kumpulan itu semakin dikenali ramai dan banyak majalah serta surat khabar sudah tidak tersilap menulis nama mereka, selepas itu surat yang diterima oleh Edry semakin berkurang, sebaliknya surat buat Yusry pula yang semakin banyak. Ternyata selama ini peminat tersilap.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Sy la salah sorg slalu tulis surat utk yusry.. Tp betul la…dulu kenal KRU terus nampak Yusry. brotherhood tull story cmni.. “
” Kalau sy, dulu2 sy paling confuse antara Norman & Edry selalu tertukar.. Wei jgn kutuk Norman weii Crush aku time bdk2 dulu.. “
” Ini betul.zaman tu memang dato yusryabdhalim jadi tumpuan. Sampai datang ke UiTM melaka pon tetap Jadi tumpuan. . “
” Begini la ank saya 3 org .ank no2 tak byk ckp pemalu tpi ramai peminat…ank no3 mmg byk ckp.. ank no1 akan jdi pengarah pengurus dan pengadil.. “
” Yusri time kecik muka mcm mane imanbard. Edry x berubah Dari dulu. Paling mesra alam. Paling banyak bercakap.. kalah abang2 dia.. “
” Edry yusri freeze hnsem weii.. mmg edry suka bahan Dr muda lg haha. masalah nye muda pun hensem sampai cair kami awek² tau.. “
” Ada gambar ngan Norman ms zaman fly dulu…dr Sydney. xpe la.. banglong tetap hensemmm.. hahaha.. loves tiga beradik ni.. “
Tidak dinafikan Yusry mempunyai paling ramai peminat berbanding abang dan adiknya. Walaupun Yusry seorang yang tidak banyak bercakap namun rupa parasnya lebih mencuri tumpuan ramai. Bak kata Norman, menyanyi pun tidak banyak, hehe.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Sinarmy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Jaga lah aibnya, jangan jadikan dia hanya content yang mengaibkan dirinya.. ” – Ainina Ahmad B