Artis / Selebriti
” You look mega, sound pun mega.. ” – Dato’ Ramli MS

Video persembahan Liza Aziz di minggu pertama Gegar Vaganza 2024 buat ramai terpukau. Wah umur dah 61 tahun, tapi vokal tetap maintain dan bertenaga macam ni. Suara power, dah macam telan kaset. Patut lah jadi juara minggu ni..
Semalam telah pun berlangsungnya musim baru untuk program Gegar Vaganza 2024. Pada minggu pertama ini telah menampilkan seramai 14 orang bintang yang hebat antaranya Liza Aziz, Illa Sabry, Ning Baizura, Ronnie Hussein dan ramai lagi.
Antara yang mencuri tumpuan ramai dan dinantikan ialah persembahan Liza Aziz. Meninjau ke akaun Instagram Astro Gempak, sedikit sedutan video persembahan Liza telah dimuatnaik. Liza menyanyikan lagu miliknya berjudul Bermula Cerita.
Ramai yang terpukau apabila melihat persembahan Liza yang tetap bertenaga di usia 61 tahun. Malah penampilan Liza juga nampak muda daripada usia sebenarnya. Paling utama, vokal Liza tetap sama seperti dahulu. Suara memang macam telan kaset. Bak kata Dato’ Ramli MS, ‘You look mega, sound pun mega’.
Perkongsian video ini telah menerima lebih empat ratus tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Liza juga dinobatkan sebagai juara untuk minggu yang pertama ini. Memang tidak dinafikan kehebatannya pada malam itu.
Jom tonton video di bawah :
(Klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@syarriz_one GegarVaganza11: Liza Aziz muncul juara minggu pertama dengan persembahan bersahajanya. . Kak Liza memang power house vocal dan relax je buat persembahan. . Terkejut beliau dengan kemunculan pelakon dan pengarah filem XXRay Aziz M.Osman. . #fyp #fyppp #foryoupage #gv11 #gegarvaganza11 #lizaaziz
Ramai yang memuji vokal Liza yang masih padu seperti dahulu. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Ni plg sdp,power perfect, legendary..no shatuuu kak liza.. A true performer.. Stabil betui suara.. Powerhouse vocal.. Ok mark Ni Juara.. “
” Masih menyengat… Ni confirm juara tahun ni.. Menang tnpa bertanding.. Terkejut dgr umur dia, awet muda! Suara yg padu dr dulu.. “
” Nombor Syatuuuu , mcm tak caye umur 61 tahun.. The Next Juara Gv 2024.. masih menyengat.. legend sungguh ni, lurve.. “
” Superb! Tak sabar nak tunggu nyanyi lagu tradisional or dapat English songs. Such a soulful voice! Loveeeeee.. Paling mega.. “
” Paling MEGA! FINE voice! Suara2 VIP, fine dining voice.. Betul kata Tokram MEGA VOICE!! Dah nampak juara kitaaa.. “
” Utk seorang yg berumur 61 memg power xdgr semput lansung .. the best, dialah juara.. Confirm juara! Terus ke depan kak liza.. “
” Lock awal awal.. paling sedap.. part last tu fuhhh hit note.. Mcm Takda Benda Liza Aziz Nyanyi Santai² je..Ni Baru PENGHIBUR.. “
Untuk Gegar Vaganza pada musim ke 11 ini sememangnya menampilkan kesemua peserta yang hebat-hebat belaka. Pastinya ramai tidak sabar untuk menantikan persembahan Liza pada minggu kedua. All the best buat Liza Aziz pada minggu hadapan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG & Tiktok Astrogempak, Tiktok syarriz_one
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral2 days ago
” Saya sendiri yang mengkhafankan semula Almarhumah Zara selepas proses post mortem.. ” – Ustazah Marhamah
-
Viral4 days ago
” Tapi apabila mereka keluarkan, saya sudah menangis.. ” – Penggali Kubur Zara
-
Viral3 days ago
” Masa Zara masih di hospital, mamanya ada pesan dengan mamaku.. ” – Bapa Saudara Zara
-
Viral3 days ago
” Nak gali semula dan buat post mortem bukan keputusan yang mudah, dia tak nak anak dia sakit lagi.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Kenapa bedah siasat tak dilaksanakan sebelum dikebumikan kali pertama ? ” – KJ
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Betul ke ibu cakap Nyamma tak pandai dan tak comel ? Mohon confirmation untuk isu ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago
” Hebat ni betul-betul peguam Melayu asli untuk menegakkan keadilan dan kebenaran.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Inilah kata-kata pertama ibu Zara sewaktu melihat wajah anak solehah ini dikeluarkan dari liang lahad. Allahu Akbar.. ” – Marhamah Rosli