Artis / Selebriti
” Yang second tu lepas pakai tudung auto nampak macam muka Jisoo.. ” – Netizen

Video Wawa Zainal Membuat Percubaan Memakai Tudung Kepada Orang Awam Raih Perhatian Ramai. Wah, Terbaiklah Wawa. Selalu Content Sebegini Hanya Dilihat Di Luar Negara !!
Membuat percubaan memakai tudung kepada orang awam di kawasan terbuka sering dilihat dilakukan di negara luar. Namun Wawa Zainal telah mencuba cabaran ini di kawasan sekitar Kuala Lumpur City Centre ( KLCC ) yang menjadi tumpuan orang ramai.
Menerusi akaun Instagram, Wawa telah berkongsi video tersebut dan ia telah meraih perhatian ramai sehingga menerima lebih enam ribu tanda suka daripada warganet. Wawa telah memilih secara rawak mana-mana wanita yang ada di situ.
Kebanyakan mereka merupakan pelbagai bangsa dan juga pelancong negara luar. Mereka menyambut baik cabaran Wawa ini dengan mencuba memakai tudung. Wawa juga turut menyarungkan jubah hitam kepada mereka sebelum mengenakan tudung.
Hasilnya ramai wanita-wanita ini kelihatan sangat cantik dan anggun. Malah ada antara mereka terkejut melihat wajah sendiri setelah memakai tudung. Wawa juga sangat mesra melayan mereka walaupun baru pertama kali bertemu.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen apabila menonton video ini. Antara komen-komen yang diberikan :
” Yang first person bila pakai tudung auto nampak orang Melayu, ke ku salah tengok Macamlah macam but still pretty.. “
” Alhamdullilah akhirnya ada jgk yg buat mcm nii, selalu tgk kat negara luar jer skrg ada jgk kat Msia.Semoga dlm ramai2 tu akn di beri hidayah.. “
” Mesti ada hikmah kenapa Allah aturkan mereka jumpa team Wawa.. Wawa buat selalu dimana jua semoga dlm ramai ramai ade yg terdetik hati hidayah itu milik Allah nice content.. “
” MashaAllah well done wawa semoga Allah melimpahkan rezeki diatas keluarga wawa, mudah mudahan ini menjadi asbab dan jihad kecil utk wawa Aamiin.. “
” Aura cantiknya terpancar bangett maa shaa Allah semoga mjd asbab hidayah dan utk kak Wawa semoga kekal istiqomah.. “
” Yg second tu lepas pakai tudung auto nampak cam muka jisoo. jisoo pakai tudung.. hahaha.. Banyak kali tgk content camni kt YouTube. Bagus juga buat kt sini.. “
” MasyaAllah Alhamdulillah tabarakallah wawa keep on going to give more happiness .. semua nampak cantik bertudung.. “
Nampaknya ramai wanita di luar sana yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum berminat untuk mencuba memakai tudung. Ia pastinya satu pengalaman yang berbeza dan menarik buat mereka untuk merasai bagaimana rasanya apabila bertudung.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Wawa Zainal
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kita ada bukti, biarlah orang menilai sendiri. Yang tahu je tahu.. ” – Ayah tiri Amad
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Terharu dan terkejut jugak dengan kata-kata dia.. “- CP Sarimah Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Rasa sebak dengar pesanan Hadie untuk Oddah, so sincere and pure. Hadie memang budak baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Sedapnya suara Hadie, low note Sallman pulak clear, sedap dan lunak didengar. Memang super.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Finally Mak Iti dah bagi statement. Geram betul netizen yang kecam Amad.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Bagusnya Hadie suruh adik ambil tudung tutup aurat, tak bagi pakai tuala.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Pada mula adik Amad langsung tumbang, tak boleh bangun, lembik lutut tiba-tiba bila sampai turn dia nyanyi.. ” – Ustaz Din
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Scarynya dengar orang yang jerit ‘sakit, sakit’ tu. Suara dia tu macam kena rasuk.. ” – Komen Netizen