Artis / Selebriti
” Yang rehearsal ni lagi mantop. Sakan ko eh Amir, haha.. ” – Netizen
Video Adik Amir The Chosen One Ketika Rehearsal Bersama Mawi Dan Putera Muhammad Buat Ramai Terhibur. Amboi Time Rehearsal Ni Lagi Ligat Amir Berjoget Rupanya. Kalau Masa Konsert Berjoget Macam Ni, Boleh Terlopong Dato’ Awie Tengok. Lincah Sungguh !!
Semalam telah bersiaran program The Chosen One bagi peringkat separuh akhir. Seperti yang dijangkakan, Amir berjaya menempatkan diri ke peringkat akhir. Tema Duet Bintang menyaksikan persembahan hebat daripada Amir dan Mawi World sehinggakan ramai yang memberikan standing ovation untuk Amir.
Dalam semua seronok melihat Amir berjoget riang di atas pentas, rupanya ketika rehearsal Amir lebih lincah daripada itu. Betul kata Dato’ Awie, setiap minggu pasti ada sahaja perubahan dan kemajuan yang ditunjukkan oleh bintang kecil ini.
Meninjau akaun Tiktok Aqilah Maria, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Amir bersama Mawi dan Putera Muhammad ketika sesi rehearsal. Tarian Amir memang kelihatan menyeronokkan dan yang melihat pun turut rasa ingin berjoget.

Komen warganet, kalau sewaktu konsert semalam Amir berjoget seperti itu, entah apa lah yang bakal keluar dari mulut Dato’ Awie. Seronok sungguh Amir menari bersama penari dan Mawi. Senyuman Amir sentiasa terukir manis dan gaya penutup persembahan juga sangat style.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ):
@aqilahmaria_ Time rehearsal lagi geram tengok @Amir Sisi(Unuk)Official menari hahaha. Sorry video low quality sikit huhu #thechosenone
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Kalau dia nari mcm ni ms kat pentas spruh akhir td tak tahu la dato awie kata apa haha. lawak la adik amir… congrates coach putera muhammad brjy didik amir.. ”
” Yang rehearsal ni lg mantop, cute sangat Amir. Kenapa Amir tak nak menari macam ni tadi ek hehe, mesti malu la tu depan juri.. ”
” Abg putera dia pun kemain seronok tengok ank buah dia hyper mcm dia dah haha.. Kena dengan jiwa dia ni.. ”
” Amboi amir dah pandai dah bergaul,, lawak selambe dia tu random betul.. cute je.. comel nya adik amir bila joget mcm tu.. tq2 sgt kt mawi bt adik amir sampai xmalu dh dia.. ”
” Kenapa dia tak menari macam ni semalam.. yang ni lagi rancak.. berulang kali tengok, caiyokkk adik Amir.. Macam lepas ger4m Amir menari… yeeehaaa… Amir Awesome.. ”
” Ala untuk tadi knapa tak all out macam ni.. lagi nampak comel Amir tau.. Sakan ko eh dik Amir haha.. dengan kita pun rasa nk berjoget sama.. ”
” Ala Amir kenapa tak buat macam rehearsal ni, paling win. Ohh tu yg td Mawi pegang tangan amir bawa pusing2 tu, sb amir da lupa step ni.. ”
Hebat lah Amir, dah tak segan macam konsert minggu pertama dulu. Ramai yang terhibur dengan gelagat Amir ketika rehearsal ini. Amir sudah berubah, terkena ‘tempias’ coach Putera agaknya, hehe. Apa-apa pun, tahniah Amir kerana melakukan persembahan yang mengagumkan semua.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Aqilah Maria
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti4 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Cantiknya bakal menantu. Macam iras muka Memey.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aihh, dah kahwin pun pasrah lagi.. ” – Ezwan Zain

