Artis / Selebriti
” Yang nombor 2 tu comel macam baby doll. Copy paste mama sangat.. ” – Komen Netizen
Video terbaru Che Puan Juliana Evans bersama anak-anaknya, YM Tengku Kamiliah dan YM Tengku Saidatul raih perhatian warganet. Alahai comelnya dua-dua. Muka si adik macam anak patung, sebijik macam muka Juliana..
Pelakon jelita berdarah kacukan, Che Puan Juliana Evans mengahwini kerabat diraja Selangor, YM Tengku Shariffuddin Shah dan dikurniakan dengan 2 orang cahayamata, YM Tengku Kamiliah Zanariah Ruby Ehsan Putri dan YM Tengku Saidatul’Ihsan Zabedah Fauziah Putri.
Menerusi perkongsian terbaru CP Juliana di akaun Tiktoknya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan live CP Juliana bersama Tengku Kamiliah dan Tengku Saidatul. Jarang warganet dapat melihat wajah anak-anak CP Juliana dan kedua-duanya sangat comel.
Tengku Kamiliah mewarisi wajah ayahnya, manakala Tengku Saidatul pula saling tak tumpah seperti wajah CP Juliana. Tengku Saidatul berkulit putih gebu dan memiliki sepasang mata yang cantik. Ramai di kalangan warganet memuji kecomelan Tengku Saidatul.

Memiliki hidung yang mancung dan bibir yang merah delima, antara yang menjadi tarikan pada Tengku Saidatul. Baru sekecil ini sudah nampak kecantikannya, pastinya apabila meningkat dewasa nanti akan menjadi antara kerabat diraja yang cantik jelita.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@julianasophieevans She has mama’s look but all she can say is ‘Baba’! No fair 😭
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 25 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan :
” Anak nombor 2 ni memang ikut muka Juliana sangat.. Dia tak tahu ke mama dia Juliana Evans.. paling lawa dalam Malaysia pada aku.. “
” Hai juliana.. Assalamualaikum.. comel cantiknya macam mama dia.. mata dia cantiknya.. Kakak looks like her grandma.. “
” Cantiknya dua-dua anak Juliana ni. Lawa macam muka mama dia lah.. yang si kakak muka ayahnya sebijik.. “
” Yang sulung macam daddy dia, yang no 2 tu comel macam baby doll macam mummynya.. sebijik muka Juliana.. cute cantik.. “
” Mama Papa segak cantik, anak-anak lawa amat. si adik tu sebijik mama, macam anak patung.. “
” Auuu copy paste mamalah.. dia tak nak kakak masuk sekali.. so cute dua beradik ni. mamanya pun cun melecun.. “
” Subhana Allah, cantiknya mata baby.. cantiknya kecil lagi dah nampak cantik dia tu. besar nanti tentu jelita macam mamanya.. “
Comel sungguh anak-anak CP Juliana ini, pasti apabila besar nanti kedua-duanya akan menjadi perhatian ramai. Apa-apa pun, semoga Tengku Kamiliah dan Tengku Saidatul membesar dengan sihat selalu dan menjadi anak-anak yang solehah kepada kedua orang tuanya.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Juliana Sophie evans
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Banyak rahsia banyak kejutan tapi kali ini seratus peratus tak tahu.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kalah orang muda dia punya effort, love betul. Lain daripada lain lah Mr E ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kali ni bukan hint tapi pengakuan jujur terus Bella bagi secara terbuka.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Takkan lah suara you macam Aina Abdul, diaorang takkan percaya.. ” – Anzalna Nasir
-
Artis / Selebriti3 days ago” Respect lah YB, dia sendiri kata dia kena jawab sebagai lelaki. Dah tak selindung lagi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” The Cullen Family versi Malaysia. Vibes diorang mahal, aura tu superb.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ayash suka betul dengan lagu arwah ibu, pandai dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Suara live lagi mantap dari recording, jelas sebutannya tu. Makin confident Yosh.. ” – Komen Netizen

