Artis / Selebriti
” Yang last tu betul-betul tak sangka lah apa yang Rina cakap. Omma pula terkejut, haha.. ” – Komen Netizen
Video Maryam You Narae menyanyi lagu Korea bersama anaknya, Rina buat ramai terhibur. Alahai seronoknya dengar Rina fasih cakap Korea. Part last tu sempat Rina bagi nasihat kepada Maryam. Omma pun tak sangka, comel sangat Rina..
Bagi yang suka mengikuti pempengaruh media sosial Maryam You Narae, pasti mengetahui yang Maryam sering berkongsi video bersama anak sulungnya, Rina. Telatah dua beranak ini sering membuat warganet tak kering gusi ketawa menontonnya.
Terbaru meninjau di akaun Instagram milik Maryam, sekali lagi Maryam ada memuatnaik video bersama Rina. Menerusi video itu, dua beranak ini sedang menyanyi sebuah lagu bahasa Korea dan ada disertakan terjemahan maksud lirik lagu tersebut dalam bahasa Melayu.
Lagu Korea itu memberikan nasihat kepada kanak-kanak agar tidak mudah terpedaya dengan penculik. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang kagum mendengar cara Rina menyanyi dan bercakap dalam bahasa Korea.

Ada yang mengatakan Rina seorang anak yang bijak yang boleh menguasai pelbagai bahasa walaupun Rina baru sahaja berusia 3 tahun lebih. Sehingga kini, video Rina dan Maryam menyanyi lagu Korea telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata pujian telah diberikan oleh warganet kepada Rina. Antara komen-komen menarik adalah :
” Pandainya Rina, yang last tu betul-betul tak sangka lah apa yang Rina cakap, haha.. Maryam pun ketawa.. “
” Saya perhatikan Rina org yang suke physical touch. Kalau berbual2 dgn Omma, jari jemari atau tangan dia pegang2 muka Omma nya. Rina pun protective sgt2, comeyyy.. “
” MashaAllah omma dan rina yang sangat hebat dan cantik.. Untung Rina mcm2 bahasa pandai.. Ewww gewrammmm tau.. “
” Suka dengar Rina ckap Korea.. Adoi laa ko ni Rinaa aunty geramm laaaaa comeyyyyyyyyyy.. Bukan comey je, pandai pula tu.. “
” Hahaha lwak la. ok omma pegang tangan rina kuat2 ye.. Dia pula bagi nasihat dekat Omma jangan ikut pakcik yer, hahahaha.. Cute lah.. “
” Aaa comelnya macam tengah tengok kdrama.. Bijak betul lah Rina ni.. Semua bahasa di fasih.. Anak yang hebat lah Rina.. “
” Comel, hahahaha lipstick ada kt rumah.. Bijak lah, idea Rina tu memang bernas sangat.. Pandai lah Rina nyanyi, sedap dengar.. “
Comel sungguh Rina menasihati ommanya. Sampai berdekah Maryam gelak mendengar nasihat Rina itu. Semoga Rina terus membesar menjadi anak yang solehah buat kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG maryamyunrrr
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Umur sebaya aku kut, boleh lagi pecut tu. Kalau aku, pancit dah.. ” – Komen Netizen

